Sunday 31 August 2014

Membiakkan Kutu Air

Salam sejahtera dan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia,

Bertemu kembali selepas lama tiada update dari kami di ILA. Masih aktif dengan ikan laga cuma tak ada banyak benda baru yang nak di kongsi bersama. Aktiviti membiakkan ikan laga masih berjalan walaupun beberapa bulan yang lepas cuaca panas terik sedikit menjejaskan pembesaran anak anak ikan laga. Selebih dari itu terdapat masalah dengan bekalan artemia yang tak berkualiti mungkin tidak di simpan dengan cara yang betul dlm cuaca panas yang lalu.
  Di sebabkan kualiti artemia dan peratus penetasan sangat kecil, kami beralih kepada kutu air. Masalah utama ialah bekalan berterusan kutu air untuk anak anak ikan. Kutu air hanya dapat hidup di sekitar 2 hingga 3 hari sahaja tanpa penjagaan yang betul. Selain dari itu terpaksa berulang alik ke kedai yang menjual kutu air juga sesuatu yang melecehkan dan mengambil banyak masa.

          Kutu air ( kos yang sangat murah berbanding artemia))

   Sebenarnya kutu air boleh diternak dengan cara yang mudah, walaupun dilakukan di dalam bangunan tanpa cahaya matahari. Ada pelbagai cara untuk menternak kutu air ini, yang paling utama ialah makanannya.Bagi yang membiakkan kutu air di luar dgn takungan yang besar, pelbagai makanan seperti sisa kelapa, sisa ikan hinggakan ke najis ayam juga digunakan. Tetapi untuk membiakkan di dalam atau tempat teduh, ada teknik tertentu yang sangat mudah.
     Peralatan yang diperlukan ialah bekas takungan air(lebih kurang 2 * 3 kaki ataupun baldi besar), pam udara dan makanan yang sesuai ( tidak berbau). Masukkan air dan sehelai dua daun ketapang atau daun pisang kering atau sedikit jerami dan biarkan selama 2 atau 3 hari. Dapatkan sedikit kutu air untuk dijadikan induk. (Kutu air tidak memerlukan pasangan untuk membiak, ia bergantung kepada suhu air samada aktif atau tidak untuk membiak. Kebiasaannya suhu di Malaysia amat sesuai untuk haiwan ini membiak.) Pasangkan pam udara. Makanan yang paling sesuai untuk mengurangkan bau ialah tepung susu, bancuhkan tepung susu (satu sudu teh dengan lebih kurang 200ml air) dan tuangkan ke serata bekas takungan. Selain dari itu tepung beras di campur sedikit yis juga boleh diberikan.
  Kaedah diatas antara cara yang kami gunakan, tetapi pemberian susu yang berlebihan juga akan membuatkan air berbau masam. Jika ini terjadi, tangkap sebahagian kutu air yg ada untuk di jadikan induk, dan tukar kepada air baru, jangan bimbang kutu air sangat cepat membiak,

Selamat mencuba kerana sumber makanan yg sangat murah. Tinggi protin untuk ikan dan boleh diberi sehingga ikan laga anda membesar.

Terima kasih

Thursday 12 June 2014

Kenali Ikan Laga : Dumbo / Big Ear

Salam sejahtera,

Seperti yang dijanjikan dahulu, kali ni nak bercerita pasal ikan laga DUMBO atau juga dikenali sebagai Big Ear. Bagi peminat ikan laga pasti pernah mendengar  nama ikan akan tahu kelebihan ikan laga ini. Ikan laga Dumbo dikenali sebagai ikan yang unik kerana mempunyai sirip tepi yang bersaiz besar dari biasa. Ikan laga ini menjadi perhatian dan mendapat permintaan yang sangat tinggi suatu ketika lalu. Ikan laga yang mempunyai sirip besar ini tidak  terhad kepada plakat sahaja, malah terdapat pada halfmoon, crowntail dan juga longtail.
Pasangan kepada ikan laga jantan ini juga (ikan betina) mempunyai ciri ciri yang sama dimana sirip tepi lebih besar dari ikan laga biasa. Walaupun siripnya tidak sebesar ikan laga jantan, namun ia mudah dikenali.
Gambar gambar di bawah adalah koleksi ILA ikan laga Big Ear

HM Plakat Big Ear Jantan

HM Plakat Big Ear Jantan

HMP Big Ear Jantan

HMP Big Ear Jantan

HMP Big Ear Jantan 

HMP Big Ear Jantan

Plakat Big Ear Betina

Plakat Big Ear Betina

Wednesday 11 June 2014

Makanan Anak Ikan Laga

Salam semua,

Kalau sebelum ni dah cerita pasal makanan ikan laga dewasa ( lihat di sini ) kali ni nak cerita pasal makanan untuk anak anak ikan laga terutamanya anak ikan yang baru menetas. Kebiasaannya selepas 3 atau 4 hari makanan asal yang terdapat pada badan anak ikan akan kehabisan. Anak anak ikan ni mulai aktif dan sudah pandai berenang. Pada masa ini anak anak ikan ini memerlukan makanan untuk kekal hidup dan membesar.
Ada pelbagai sumber yang boleh digunakan untuk dijadikan makanan anak anak ikan ini. Berikut adalah antara senarai makanan yang sesuai dan pernah di cuba di ILA.

1. Artemia

Sejenis hidupan laut seolah olah udang kecil. Artemia ini diperolehi dengan cara melakukan penetasan dari telor telor artemia yang terdapat dipasaran (cara penetasan artemia pernah di ceritakan di sini). Artemia ini sangat kecil dan sangat sesuai dengan saiz mulut anak anak ikan tersebut.Pergerakan artemia yang tidah berapa laju dapat menarik perhatian anak anak ikan dan mudah bagi mereka untuk menangkap makanan tersebut. Sumber makan hidup dan bergerak gerak sangat menarik perhatian anak anak ikan berbanding dengan makanan yang kaku terapung di atas air.
Pelbagai jenis artemia terdapat di pasaran kita, tetapi awas tidak semua jenis artemia mampu menghasilkan anak anak artemia (baby brine shrimp). Kadang kala produk yang tidak berkualiti menyebabkan hampir tiada anak anak artemia dihasilkan.Harga artemia sedikit mahal menyebab sesetengah pihak mengambil kesempatan keatas jenama terbaik dengan menjual telor yg tidak berkualiti.
Artemia hanya dapat hidup lebih kurang 48jam dari masa penetasan.

2. Kutu Air


Hampir sama seperti artemia. haiwan ini bersaiz kecil (sedikit besar dari artemia) dan pergerakkan kutu air cepat menarik perhatian anak anak ikan laga. Anak nak ikan laga akan memilih kutu air yang sesuai dengan saiz mulutnya sebagai mangsa. Ada juga kutu air sedikit besar dan elakkan dari memberi kepada anak anak ikan laga. Kutu air boleh juga didapati di sesetengah kedai ikan dan harganya jauh lebih murah, ataupun boleh  di cari di mana parit kecil yang aliran airnya tidak laju. Tolong jangan cari di loji rawatan air kerana ia merbahaya dan sangat sangat tidak bersih. Kutu air juga boleh di biakkan. (akan dibincangkan pada topik akan datang)
Pergerakan kutu air lebih laju dan dapat hidup lebih lama.

3. Microworm

Microworm adalah senang dikenali sebagai cacing kecil yang sangat halus. Untuk mendapatkan microworm ini ia perlu dibiakkan. Antara keperluan yang perlu ada ialah, microworm starter, yis dan roti serta bekas lutsinar (gelas plastik pakai buang atau bekas makanan plastik pakai buang supaya boleh dilihat pergerakkannya). Microworm juga boleh di beli di sesetengah kedai ikan laga ataupun melalui rakan niaga melaui pos.Ia mengambil masa 2 higga 3 hari untuk dapat menuai hasil. Microworm akan bergerak ke tepi dinding dan dapat dilihat sebagai benang benang halus di sekitar bekas pembiakan.Microworm tidak berenang didalam air tetapi pergerakkannya akan menarik perhatian anak anak ikan laga.

4. Liquifry

Ini adalah sumber makanan untuk anak ikan yang baru beberapa hari menetas. Cara penggunaanya juga agak mudah, cuma titiskan beberapa titik Liquifry ke dalam bekas pembiakkan selepas induk ikan habis bertelor. Liquifry dalam masa 2 hingga 3 hari kan bertukar menjadi infosuria, (microscopic natural organisms) dan ini kan menjadi sumber makanan untuk anak ikan. Jika terlewat, boleh juga di adukkan didalam bekas lain dahulu kemudian perlahan lahan tuangkan ke dala bekas anak anak ikan yang telah menetas. Jika untuk digunakkan pada anak anak ikan laga carilah LIQUIFRY no 1. Gunakan Liquifry hanya sebagai sumber alternatif atau pun back up jika kehabisan artemia atau kutu air.

5.Telor Kuning
Telor kuning mungkin menjadi pilihan terakhir jika antara makanan yang di sebut di atas sukar didapati. Kaedahnya sangat mudah dan secara teorinya telor kuning cukup dan sesuai untuk pembesaran anak ikan laga tetapi masalahnya, mahukah anak ikan laga memakannya.
Dapatkan sedikit telor kuning dan bungkuskan dengan kain nipis yang bersih. Rendamkan 3 hingga 4 minit sahaja. Anak ikan akan memakan (jika mahu) cairan dari kuning telor tersebut. Awas jangan terlalu banyak, air cepat kotor dan berbau. Penggunaan telor kuning memerlukan kerajinan untuk menukar air, tetapi suhu air yang berbeza juga boleh membunuh anak anak ikan yang masih baru.

6. Lain lain makanan
Jika dalam keadaan yg sangat terdesak, cuba hancurkan apa apa makanan ikan sehalus mungkin dan masukkan sedikit sahaja untuk sementara mendapatkan makanan yang sesuai. Jika berlarutan, peratusan untuk anak anak ikan untuk hidup sangat rendah.

Sedikit panjang coretan kali ini, moga dapat membantu yang masih baru......



Saturday 24 May 2014

Kenali Ikan Laga : Long Tail / Vieltail

Salam sejahtera,

Jumpa lagi sekali, kali ni nak update pasal ikan laga Long Tail ataupun sesetengah dikenali sebagai Vieltail. Seperti namanya, ikan laga yang berekor panjang ini masih sama sifatnya yang mana jantan tidak boleh di simpan lebih dari seekor dalam satu bekas. Walaupun berekor panjang, ikan ini masih dapat bergerak pantas bila lawan di kesan. Ikan laga Long Tail yang sihat juga dapat mengembangkan ekornya, tetapi tidaklah sebesar Ikan Laga halfmoon ataupun Delta. Ikan jantan Long Tail ini lebih suka berehat dan tidak terlalu aktif bila dalam keadaan aman.
Untuk tujuan pembiakkan Jantan Long Tail hendaklah dipadankan dengan betina Long Tail untuk mendapat anak yang berekor yang panjang dan cantik.

gambar berikut adalah dari Ikan Laga Jantan Long Tail











Friday 23 May 2014

Kenali Ikan Laga : Crown Tail

Salam sejahtera dan jumpa  sekali lagi,

Hari ni nak kisah pasal ikan laga Crown Tail pula. Ikan ni dikenali melalui ekornya yang berjurai jurai. Spesis ini terdapat dalam pelbagai jenis samada plakat ataupun halfmoon dan double tail.  Sama seperti ikan laga lain kecantikkan ikan laga ini bergantung kepada tahap kembangan ekornya dan kecantiKkan corak pada badan dan ekornya.
Ikan laga betina crown tail juga mempunyai ciri ciri yang sama pada ekornya kecuali ekor yang lebih kecil. Untuk tujuan pembiakkan, di cadangkan memilih kedua dua jantan dan betina dari spesis yang sama (crown tail) untuk mendapat anak anak yang menarik.
Gambar gambar di bawah ini adalah sebahagian dari crown tail yang terdapat di ILA, tetapi bukanlah dari spesis yang cantik, hanya sekadar untuk mengenalinya sahaja.







Thursday 8 May 2014

Kenali Ikan Laga : Double Tail

Salam dan jumpa sekali lagi,

Kali ni nak cerita pasal ikan laga yang di kenali sebagai Double Tail. Dari nama saja kita dah tahu yang ikan ini mempunyai ciri ciri ekor berkembar. Pada bahagian ekor ikan laga jenis ini akan terdapat seolah olah ekornya terbelah kepada dua bahagian (atas dan bawah). Ikan double tail ini bukan sahaja terdapat pada jenis halfmoon, tetapi juga ada pada ikan laga plakat dan crown tail.

Selain dari ikan laga jantan, ikan laga betina double tail juga akan menunjukkan ciri yang sama iaitu ekornya akan terbahagi kepada dua bahagian. Selain dari itu, untuk proses pembiakan, hanya ikan laga jantan double tail diperlukan dan ikan laga betina boleh saja ikan biasa tanpa double tail, dan kebarangkalian untuk mendapat anak anak double tail sangatlah tinggi.

Ikan laga Double Tail jantan

ikan laga Double  Tail Jantan

Ikan laga Double Tail jantan

Ikan laga Double Tail jantan

Ikan ikan laga double tail betina.


Tuesday 6 May 2014

Kenali Ikan Laga : Halfmoon vs Delta

Salam sejahtera semua,

Topik hari ini ialah untuk membezakan dua jenis ikan laga yang terdapat di pasaran sekarang iaitu Halfmoon dan Delta. Sekali pandang akan nampak seakan sama lebih lebih lagi jika ikan ikan ini dalam keadaan relax tanpa musuh... Jika hendak membeli ikan laga pastikan ikan tersebut di letakkan bersebelahan ikan laga lain dalam bekas lutsinar. Bila dalam kedaan begini, ekor ikan laga akan berkembang sepenuhnya dan dari sini kita dapat membezakan kedua jenis ini.

Ikan laga Halfmoon dikenali kerana ekornya yang separuh bulatan bila mengembang, sementara Delta pula seakan bulat sedikit. Walaubagaimanapun kedua dua jenis ikan laga ini mempunya warna yang pelbagai yang sangat menarik. Dari segi harga pula, kebiasaannya ikan laga halfmoon lebih mahal berikutan permintaan yang tinggi. Ikan laga delta juga kadangkala ada harga bergantung kepada uniknya corak ikan tersebut.

Ikan laga jantan Delta

Ikan laga jantan Delta

Ikan laga jantan Halfmoon

Ikan laga jantan Halfmoon


Tuesday 22 April 2014

Kenali Ikan Laga :Plakat vs HM Plakat

Salam sejahtera,

Hari ni cerita pasal ikan laga Plakat, tapi bukan nak bagi satu lawan satu cuma nak bandingkan dan kenali ikan laga secara lebih mendalam. Kalau di sebut ikan laga plakat semua orang orang akan tahu yang ikan laga ini mempunyai ekor yang kecil dan comel walaupun dalam keadaan mengembangkan badannya. Ikan laga plakat ini seakan sama dengan ikan laga kampong atau pun ikan laga ori yang boleh didapati di sawah sawah padi. Cuma hari ini ikan plakat yang dibiakkan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.
    Selain dari itu terdapat sejenis lagi ikan laga plakat yang dinamakan ikan laga HM plakat (HM = halfmoon) yang menjadi kegilaan ramai hari ini. Dari segi saiz seakan sama semuanya kecuali pada bahagian  ekor berbentuk separuh bulatan ataupun berbentuk "D". Sementara ikan plakat biasa ekornya seolah olah berbentuk bulatan ataupun sedikit bujur. Dari segi harga HM plakat ini jauh lebih mahal dari plakat biasa.

Untuk lebih memahami sila rujuk pada gambar gambar di bawah.


HM Plakat jantan

HM Plakat jantan

Plakat Jantan biasa

Plakat Jantan biasa


Friday 18 April 2014

Gambar Ikan Laga (Koleksi ILA)

Salam semua,

Kali ni tak apa yang nak di coretkan, cuma sekadar merehatkan kepala, jom tengok ikan laga koleksi ILA. Cuma sempat tangkap yang dua ekor ni dulu..






Monday 14 April 2014

Jenis Jenis Ikan Laga

Salam semua dan bertemu lagi,

Mula mula nak minta maaf sebab lama jugak tak update blog ni, kami masih aktif dalam bidang ikan laga dan mempunyai perancangan yang lebih besar selepas ini. Nanti kami khabarkan bila mendapat kebenaran dari pihak tertentu.
Berbalik kepada topik di atas, pelbagai ikan laga telah mendominasi pasaran hari ini, tetapi beberapa jenis atau spesis tertentu yang menjadi permintaan dan perhatian ramai peminat ikan laga. Di antara jenis yang popular ialah Halfmoon, plakat, twotail, long tail dan big ear. Kebanyakkan penternak atau pembiak ikan laga akan mengahwinkan sesama jenis sahaja contohnya Halfmoon jantan dan halfmoon betina sahaja mengikut permintaan ramai tetapi ada sekumpulan penyelidik akan cuba melakukan cross mating untuk mendapatkan jenis terbaru dan dari sini muncullah spesis baru seperti armadillo dan sebagainya.

Photo photo ini adalah dari koleksi ILA dan tak berapa jelas sangat tetapi boleh lah untuk menjadi rujukan peminat peminat baru ikan laga.

Halfmoon plakat jantan

halfmoon plakat jantan

halfmoon jantan

longtail jantan

twotail jantan (junior)

twotail jantan (junior)

Ikan laga big ear belum ada dalam kolesi ILA. Kami juga sedang mencari spesis ini yang benar benar big ear. Gambar big ear ini sekadar rujukan sahaja.


Friday 21 March 2014

Photo Terbaik Ikan Laga

Salam sejahtera,

Photo terbaik di bawah ni bukan dari koleksi ILA , tapi oleh seorang photograper bernama Visarute Angkatavanich. Kesemua gambar ini di ambil di Thailand dalam sebuah studio dengan teknik lampu dan camera yang terbaik. Gambar ini benar benar menyerlahkan keindahan ikan laga.