Friday 20 December 2013

Cara Penetasan Artemia di ILA

Salam semua,

  Hari ini hobi menternak ikan laga semakin mendapat perhatian. Ramai yang berjaya membiakkan ikan laga tapi ramai juga yang gagal membesarkan anak2 ikan tersebut. Semua yang pernah cuba membesarkan anak2 ikan lagi pasti tahu makanan yang sesuai untuk si ikan kecil ini. Di antara makanan yang popular ialah kutu air dan artemia.
  Kami di ILA menggunakan artemia (sejenis hidupan kecil laut) yang boleh didapati dalam bentuk telur kecil, tetapi ia perlu diproses supaya menetas dan diberikan kepada anak2 ikan. Artemia juga ada pelbagai jenama, terpulanglah kepada kemampuan masing2, tetapi caranya tetap sama. Gambaran saiz artemia dan anak ikan seperti berikut

Iksan google














Di antara jenama artemia yang terdapat di pasaran seperti berikut:
Artemia Salina

 








Artemia Sera













Artemia JBL










Berikut adalah kaedah mudah untuk menetaskan telur2 artemia. Sediakan peralatan mudah seperti di bawah

Botol air (1.5L) yang dipotong 2 bahagian (lebih kurang 5" dari bawah) dan bahagian atas di terbalikkan seperti gambar berikut.













Sediakan juga tube dan "air valve".













Dan yang paling utama ialah "air pump"












Sambungkan tube melalui bawah penutup botol dan bahagian yang satu lagi ke air valve, seterusnya sambung ke air pump. Tujuan air valve digunakan supaya dapat mengawal kekuatan angin ke dalam botol. Udara/angin  yang diperlukan adalah yang sederhana agaran air yang berombak sahaja.
   Jika menggunakan Artemia jenama JBL, tidak perlu penambahan garam, hanya masukkan air dan telur artemia pada sukatan yang betul. Ia mengambil masa antara 24 hingga 36 jam untuk mendapat jumlah penetasan yang terbaik. Sesudah cukup masa penetasan, anak artemia yang sangat kecil boleh di lihat pada jarak dekat.
   Gunakan penyedut seperti dibawah untuk mengabil anak2 artemia, dan tapiskan dengan kain atau penapis halus untuk mendapatkan artemia tersebut.Artemia perlu ditapis untuk mengelak air masin berlebihan masuk kedalam tempat anak2 ikan.

Penyedut dan penapis artemia















Selamat mencuba.....

Saturday 14 December 2013

Membela Ikan Laga

Salam,
Ramai di antara kita yang meminati ikan laga dan ada yang membela atau ada yang sekadar menjenguk di kedai2 ikan. Membela ikan laga adalah yang paling mudah, hanya sediakan bekas yang sesuai berisi air tanpa klorin (air bertapis, mineral atau gunakan air paip bersama anti klorin) dan pastikan makanan yang sesuai untuk ikan tersebut, malah makanannya murah dan hanya sedikit diperlukan, Kos untuk membela ikan laga hanyalah untuk mendapatkan ikan kesukaan sahaja. Gunakan bekas lut sinar dan simpan di tempat yang teduh.
Untuk lebih meriah, dapatkan lebih dari seekor ikan laga. Jangan masukkan lebih dari seekor ikan laga jantan ke dalam satu bekas, asingkan dan hadangkan dia dengan kertas dari melihat satu sama lain untuk mengelak kecederaan dan keletihan. Sesekali alih halangan kertas, dan masa inilah untuk melihat kecantikkan ikan laga jantan bila ia mengembangkan ekornya. Memang menyeronokkan.
























Thursday 12 December 2013

Ikan Laga Di ILA

Salam,

Koleksi ikan laga yang terdapat di sini (sambungan dari posting lepas)












































Kepada sesiapa yang berminat boleh datang terus ke lokasi kami di GM8A, Jalan Taman Putra Perdana 5D/1, Putra Perdana, Puchong.

Daun Ketapang

Salam Sejahtera,

Daun ketapang memang sinonim dengan ikan laga. Daun ini dikatakan bagus untuk proses pembiakan ikan laga dan proses pemulihan. Untuk proses pembiakkan, hanya sedikit daun ketapang di perlukan dan kesan dari daun ini air akan menjadi kekuningan. Hanya daun ketapang yang tua dan kering sahaja digunakan. Jika terlebih daun ketapang air mungkin menjadi terlalu kuning dan tidak sesuai untuk ikan laga. Ia umpama seperti ubat ubatan, jangan terlebih dos, yang sihat pun akan sakit. Kesan penggunaan daun ketapang dapat dilihat dengan jumlah telur yang dihasilkan lebih banyak.
Daun ketapang ini boleh didapati  meluas di tempat kita seperti di tebing tasik atau sungai.Untuk mengenali daun ini kami paparkan contoh seperti di bawah:

Daun Ketapang Kering














Wednesday 11 December 2013

Ikan Laga Betina

Salam sejahtera,

Bagi sesetengah peminat ikan laga, mereka hanya meminati aksi ikan jantan terutamanya bila ia disaingkan dengan sesama ikan laga.Walau bagaimana pun ikan laga betina juga sejak akhir2 ini mempungai nilai yang tersendiri. Kalau dulu ikan betina ini seolah2 tiada harga di pasaran dan sukar untuk diperolehi, tapi hari ini ikan laga sudah mempunyai nilai. Di kebanyakkan kedai ikan, ikan laga betina bernilai tidak kurang dari RM2 seekor dan saya pernah melihat  seekor ikan betina halfmoon diletak tanda harga sehingga RM15 seekor. Kami di ILA juga menjual ikan laga betina pada nilai harga RM2 hingga RM5 seekor bergantung kepada warna ikan tersebut.

Contoh ikan laga betina Halfmonn yng terdapat di ILA



















Ikan laga betina perlu dikenali jenisnya supaya senang melakukan pembiakkan.

Makanan Ikan Laga

Salam sejahtera,

Ikan laga merupakan sejenis ikan yang paling senang dijaga. Tanpa bekalan oksigen dan tangki yang sesuai ikan laga dapat membesar dengan baik. Selain dari itu pemakanan ikan laga juga tidak lah susah. Banyak makanan yang sesuai untuk ikan laga yang dewasa. Selain dari pallet (makanan yang di proses dalam bentuk bijian berserta dengan zat tertentu) yang mudah didapati di kedai ikan, ikan ini juga baik jika di beri jentik jentik ( awas: jangan biak jentik2 di rumah). Dikatakan jentik2 dapat mencantikkan warna ikan laga. Selain dari itu cacing kecil juga sesuai sebagai makanan ikan laga. Cacing beku juga ada di jual di kebanyakkan kedai ikan.

Cacing beku





Makanan diproses





Selain dari makanan untuk ikan dewasa, bagi yang gemar membiakkan ikan laga juga pasti mengenali makanan untuk anak ikan laga yang baru menetas. Kami di ILA menggunakan Artemia sebagai makanan untuk anak2 ikan laga. Bahan ini merupakan telor artemia yang akan ditetaskan menjadi baby artemia dan di beri terus kepada anak2 ikan yang masih kecil. Untuk menetaskan telor artemia ini beberapa peralatan diperlukan seperti pam udara, tubing, tubing valve dan botol kosong (2 biji) Lihat gambar dibawah.
Telor artemia ini mengambil masa lebihkurang 24 hingga 36 jam untuk menetas. Artemia ini sangat kecil dan amat sesuai untuk anak ikan laga.

Artemia Jenama JBL





Cara memproses artemia



Cara lengkap untuk memproses artemia akan disiarkan dlm posting akan datang.

Saturday 7 December 2013

Koleksi Ikan Laga Aquarium

  Bermula sebagai hobi, kini ratusan ikan laga telah mendiami ILA. Memang seronok membiakkan ikan laga, lebih2 lagi kita dapat melihat pembesaran ikan laga yang agak singkat. Dalam masa +-3 bulan anak2 ikan laga dapat di lihat telah membesar dan menjadi sangat aktif. Pada usia ini adalah masa terbaik untuk menikmati keindahan ikan laga. Di sini kami paparkan sebahagian ikan laga yang berusia lebih kurang +- 3bulan  yang terdapat di ILA. Kebanyakkan adalah dari baka halfmoon. (Haraf maaf kalau gambar tak berapa memuaskan...kamera zaman awal teknologi digital)





Sunday 1 December 2013

Salam Perkenalan

Salam sejahtera dan salam perkenalan

   Blog ini akan serba sedikit menceritakan informasi berkaitan ikan laga berdasarkan kepada pengalaman kami yang tak seberapa tentang ikan laga. Banyak informasi yang terdapat di ruang siber ini dan kami mengambil kesempatan untuk berkongsi serba sedikit berkaitan dengan ikan yang diminati ramai ini.
  Kami beroperasi dari Putra Perdana, Puchong dan pengenalan untuk kami adalah IKANLAGAAQUARIUM ataupun singkatannya ILA. Buat masa ini kami membiak secara kecil kecilan dan dijual terus kepada peminat peminat ikan laga di sekitar Puchong.
   Kebanyakkan informasi dan gambar gambar yang akan disiarkan dari blog ini adalah asli dari ILA kecuali dinyatakan. Sebarang pertanyaan boleh terus diletakkan di ruang komen blog.

Sekian dan selamat melayari blog kami....

Terima kasih.