Saturday 24 May 2014

Kenali Ikan Laga : Long Tail / Vieltail

Salam sejahtera,

Jumpa lagi sekali, kali ni nak update pasal ikan laga Long Tail ataupun sesetengah dikenali sebagai Vieltail. Seperti namanya, ikan laga yang berekor panjang ini masih sama sifatnya yang mana jantan tidak boleh di simpan lebih dari seekor dalam satu bekas. Walaupun berekor panjang, ikan ini masih dapat bergerak pantas bila lawan di kesan. Ikan laga Long Tail yang sihat juga dapat mengembangkan ekornya, tetapi tidaklah sebesar Ikan Laga halfmoon ataupun Delta. Ikan jantan Long Tail ini lebih suka berehat dan tidak terlalu aktif bila dalam keadaan aman.
Untuk tujuan pembiakkan Jantan Long Tail hendaklah dipadankan dengan betina Long Tail untuk mendapat anak yang berekor yang panjang dan cantik.

gambar berikut adalah dari Ikan Laga Jantan Long Tail











Friday 23 May 2014

Kenali Ikan Laga : Crown Tail

Salam sejahtera dan jumpa  sekali lagi,

Hari ni nak kisah pasal ikan laga Crown Tail pula. Ikan ni dikenali melalui ekornya yang berjurai jurai. Spesis ini terdapat dalam pelbagai jenis samada plakat ataupun halfmoon dan double tail.  Sama seperti ikan laga lain kecantikkan ikan laga ini bergantung kepada tahap kembangan ekornya dan kecantiKkan corak pada badan dan ekornya.
Ikan laga betina crown tail juga mempunyai ciri ciri yang sama pada ekornya kecuali ekor yang lebih kecil. Untuk tujuan pembiakkan, di cadangkan memilih kedua dua jantan dan betina dari spesis yang sama (crown tail) untuk mendapat anak anak yang menarik.
Gambar gambar di bawah ini adalah sebahagian dari crown tail yang terdapat di ILA, tetapi bukanlah dari spesis yang cantik, hanya sekadar untuk mengenalinya sahaja.







Thursday 8 May 2014

Kenali Ikan Laga : Double Tail

Salam dan jumpa sekali lagi,

Kali ni nak cerita pasal ikan laga yang di kenali sebagai Double Tail. Dari nama saja kita dah tahu yang ikan ini mempunyai ciri ciri ekor berkembar. Pada bahagian ekor ikan laga jenis ini akan terdapat seolah olah ekornya terbelah kepada dua bahagian (atas dan bawah). Ikan double tail ini bukan sahaja terdapat pada jenis halfmoon, tetapi juga ada pada ikan laga plakat dan crown tail.

Selain dari ikan laga jantan, ikan laga betina double tail juga akan menunjukkan ciri yang sama iaitu ekornya akan terbahagi kepada dua bahagian. Selain dari itu, untuk proses pembiakan, hanya ikan laga jantan double tail diperlukan dan ikan laga betina boleh saja ikan biasa tanpa double tail, dan kebarangkalian untuk mendapat anak anak double tail sangatlah tinggi.

Ikan laga Double Tail jantan

ikan laga Double  Tail Jantan

Ikan laga Double Tail jantan

Ikan laga Double Tail jantan

Ikan ikan laga double tail betina.


Tuesday 6 May 2014

Kenali Ikan Laga : Halfmoon vs Delta

Salam sejahtera semua,

Topik hari ini ialah untuk membezakan dua jenis ikan laga yang terdapat di pasaran sekarang iaitu Halfmoon dan Delta. Sekali pandang akan nampak seakan sama lebih lebih lagi jika ikan ikan ini dalam keadaan relax tanpa musuh... Jika hendak membeli ikan laga pastikan ikan tersebut di letakkan bersebelahan ikan laga lain dalam bekas lutsinar. Bila dalam kedaan begini, ekor ikan laga akan berkembang sepenuhnya dan dari sini kita dapat membezakan kedua jenis ini.

Ikan laga Halfmoon dikenali kerana ekornya yang separuh bulatan bila mengembang, sementara Delta pula seakan bulat sedikit. Walaubagaimanapun kedua dua jenis ikan laga ini mempunya warna yang pelbagai yang sangat menarik. Dari segi harga pula, kebiasaannya ikan laga halfmoon lebih mahal berikutan permintaan yang tinggi. Ikan laga delta juga kadangkala ada harga bergantung kepada uniknya corak ikan tersebut.

Ikan laga jantan Delta

Ikan laga jantan Delta

Ikan laga jantan Halfmoon

Ikan laga jantan Halfmoon