Friday 21 March 2014

Photo Terbaik Ikan Laga

Salam sejahtera,

Photo terbaik di bawah ni bukan dari koleksi ILA , tapi oleh seorang photograper bernama Visarute Angkatavanich. Kesemua gambar ini di ambil di Thailand dalam sebuah studio dengan teknik lampu dan camera yang terbaik. Gambar ini benar benar menyerlahkan keindahan ikan laga.





















Friday 14 March 2014

Ikan Laga Istimewa

Salam sejahtera,

Dalam banyak ikan laga jantan yang kami ada, terdapat sekor ni agak unik pada ekornya. Kalau dilihat pada yang lain ia sepatutnya ikan laga Halfmoon, tetapi yang satu ni agak menarik sikit. Ekornya seperti terbelah tapi ia semulajadi. Ia membesar seperti yang lain dan tak de masalah lain.






Thursday 6 March 2014

Penjagaan Anak Ikan Laga

Salam semua,

Kali nak sambung pasal anak ikan laga. Setelah bertelur lebih 48 jam, anak anak ikan laga akan mula kelihatan bergayut pada buih buih yang masih ada. Kebiasaannya terdapat antara 100 hingga 200 ekor anak ikan pada satu satu masa, tetapi ada juga yang kurang dari jumlah tersebut yang berkemungkinan bapa atau ibu terlalu muda atau salah satu dari pasangan ikan tadi tidak berapa aktif. Pada waktu ini anak anak ikan tersebut masih lemah dan kadangkala terjatuh ke dasar air. Pada masa ini bapa ikan laga tadi sibuk melihat dan mengangkat anak anak tadi ke permukaan air.
  Pada waktu ini anak anak ikan masih tidak perlu diberi makan,  makanan dari telur 'yolk' masih ada di perut anak ikan. Selepas hari ke empat anak anak ikan sudah mula stabil dan boleh bergerak sendiri, walaupun tidak berenang bebas, tapi mula bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Pada masa ini ikan jantan induk sudah boleh dipindah rehatkan. Makanan sudah mula boleh di berikan. Makan yang kami amalkan di ILA ialah artemia. Tiada air hijau diperlukan kerana kami meletakkan anak anak ikan di tempat teduh / dalam bangunan. Elakkan anak anak ikan ini dari cahaya terang matahari. Cahaya yang terang boleh membunuh anak anak ikan tadi.
   Selepas anak anak ikan mula pandai memakan artemia, anak anak ikan ini bolehlah di pindahkan ke takungan yang lebih besar, jika takungan pembiakan tidak cukup besar. Jika sudah menggunakan takungan yang besar, biarkan anak anak ikan tadi terus berada di situ. Proses pengalihan anak anak ikan tadi perlu dilakukan secara teliti dan lembut. Jika tidak, anak anak ikan akan pening seterusnya mati.

Artemia yang terdapat dipasaran

cara penetasan artemia sila rujuk di sini

     Tidak semua anak anak ikan yang baru menetas akan hidup semuanya. Adakalanya ia mati di sebabkan air yang kotor, tidak mahu makan dan sebagainya.
    Artemia boleh terus di beri sehingga anak anak ikan berusia sebulan atau lebih. Pemberian artemia yang mencukupi akan membuat anak anak ikan cepat membesar. Setelah mencapai sebulan anak anak ikan bolehlah di beri jentik jentik ataupun cacing. Pallet juga boleh di beri, tapi pastikan saiz yang betul dan tidak berlebihan.

anak ikan berusia 1 minggu

anak ikan berusia 7 minggu

anak ikan berusia lebih dari 10 minggu

anak ikan pada usia +-3 bulan



    Anak anak ikan ini tidak membesar secara sekata, ada yang cepat membesar dan ada pula yang sangat perlahan. Asingkan mengikut saiz untuk mengelakkan persaingan mendapat makanan.
    Setelah berusia lebih dari 10 hingga 12 minggu, anak anak ikan jantan akan mula menjadi aktif, asingkan ke bekas individu untuk mengelak dari bergaduh. Hanya ikan jantan diasingkan, ikan betina boleh dibiarkan hidup sesama mereka.

Kesemua info dan gambar diatas adalah dari ILA, kemungkinan sedikit berlainan dari maklumat dan cara pihak lain. Harap maklum


Monday 3 March 2014

Cara Pembiakan Ikan Laga

Salam sejahtera,

Topik hari ini nak cerita pasal pembiakan ikan laga versi ILA. Kepada sesiapa yang meminati ikan laga pasti akan teruja untuk membiakan ikan laga sendiri. Bayangkan dari sepasang ikan laga boleh bertambah kepada beratus ekor ikan baru.Tetapi sebelum  memulakan proses pembiakan ini beberapa perkara perlu disediakan.

1. Sepasang ikan laga (jantan  dan betina) yang matang.
    Ikan laga ini perlulah aktif dan sihat. Di nasihatkan pilih ikan dari jenis yang sama seperti plakat sama plakat atau sebagainya.
    Pastikan ikan laga betina tidak lebih besar dari ikan laga jantan. Jika ikan betina lebih besar, ia akan menyulitkan proses pembiakan dan kemungkinan persenyawaanan  tidak berlaku.

ikan laga jantan


2. Tempat pembiakan.
    Sediakan tempat pembiakan yang sesuai. Minimum tangki adalah 1 kaki x 6 in. Sedikit lebih besar lebih baik tetapi tidak terlalu besar.
    Masukkan air sedalam antara 3 in hingga 5 in. Air yang terlalu dalam akan menyulitkan proses kutipan telur yang dilepaskan oleh ikan betina.
    Campurkan anti klorin secukupnya jika menggunakan air paip.
    Sediakan tangki kecil lut sinar untuk diletakkan di dalam bekas pembiakkan.Tangki ini untuk mengasingkan ikan betina buat sementara (proses suai kenal).
    Masukkan juga daun ketapang untuk mengawal PH air dan sebagai mempercepat dan menambah keghairahan ikan untuk bertelur.
    Sediakan juga cawan polistrin (di belah dua) sebagai asas untuk ikan membuat buih.

                     Tangki pembiakan yang simple di ILA

                        Ikan laga betina yang baru dilepaskan dari tangki kecil.

     Selepas selesai menyediakan tempat pembiakan, ikan laga boleh dilepas dengan ikan betina diasingkan ke dalam bekas kecil dahulu. Selepas beberapa jam atau semalaman ikan laga jantan akan mula membuat buih pada cawan polistrin ataupun pada daun ketapang yang terapung. Pada waktu ini ikan betina boleh dilepaskan bersama ikan jantan. Pada  mulanya mungkin ikan jantan akan berkelakuan garang dengan si betina ini. Ini menunjukkan proses membuat sarang( buih) masih belum selesai. Jangan risau dan biarkan sepasang ikan laga ini di tempat yang sama. Ikan laga betina akan mula mendekati ikan jantan bila kedua duanya bersedia untuk bersama.

Buih di bawah cawan polistrin

Buih di bawah daun ketapang


   Proses bertelur mungkin memakan masa antara sejam hingga ke empat jam. Kebanyakkan keadaan ikan akan bertelur pada waktu siang. Proses mengawan, bertelur dan mengutip telur yang jatuh untuk disimpan di dalam buih dilakukan bersama sama. Setelah selesai bertelur, ikan jantan akan menghalau ikan betina dari sarangnya. Alihkan ikan betina untuk mengelak kecederaan.

   Selepas 24 hingga 48 jam, telor telur tadi akan mula menetas. Ikan jantan akan mengawasi anak anak ikan yang baru ini dan menangkap jika ada yang tersasar dari sarangnya. Jika ada kecacatan atau penyakit ikan jantan akan memakannya untuk mengelak dari merebak.


Lihat topik penjagaan anak ikan laga selepas topik ini di sini