Sunday 31 August 2014

Membiakkan Kutu Air

Salam sejahtera dan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia,

Bertemu kembali selepas lama tiada update dari kami di ILA. Masih aktif dengan ikan laga cuma tak ada banyak benda baru yang nak di kongsi bersama. Aktiviti membiakkan ikan laga masih berjalan walaupun beberapa bulan yang lepas cuaca panas terik sedikit menjejaskan pembesaran anak anak ikan laga. Selebih dari itu terdapat masalah dengan bekalan artemia yang tak berkualiti mungkin tidak di simpan dengan cara yang betul dlm cuaca panas yang lalu.
  Di sebabkan kualiti artemia dan peratus penetasan sangat kecil, kami beralih kepada kutu air. Masalah utama ialah bekalan berterusan kutu air untuk anak anak ikan. Kutu air hanya dapat hidup di sekitar 2 hingga 3 hari sahaja tanpa penjagaan yang betul. Selain dari itu terpaksa berulang alik ke kedai yang menjual kutu air juga sesuatu yang melecehkan dan mengambil banyak masa.

          Kutu air ( kos yang sangat murah berbanding artemia))

   Sebenarnya kutu air boleh diternak dengan cara yang mudah, walaupun dilakukan di dalam bangunan tanpa cahaya matahari. Ada pelbagai cara untuk menternak kutu air ini, yang paling utama ialah makanannya.Bagi yang membiakkan kutu air di luar dgn takungan yang besar, pelbagai makanan seperti sisa kelapa, sisa ikan hinggakan ke najis ayam juga digunakan. Tetapi untuk membiakkan di dalam atau tempat teduh, ada teknik tertentu yang sangat mudah.
     Peralatan yang diperlukan ialah bekas takungan air(lebih kurang 2 * 3 kaki ataupun baldi besar), pam udara dan makanan yang sesuai ( tidak berbau). Masukkan air dan sehelai dua daun ketapang atau daun pisang kering atau sedikit jerami dan biarkan selama 2 atau 3 hari. Dapatkan sedikit kutu air untuk dijadikan induk. (Kutu air tidak memerlukan pasangan untuk membiak, ia bergantung kepada suhu air samada aktif atau tidak untuk membiak. Kebiasaannya suhu di Malaysia amat sesuai untuk haiwan ini membiak.) Pasangkan pam udara. Makanan yang paling sesuai untuk mengurangkan bau ialah tepung susu, bancuhkan tepung susu (satu sudu teh dengan lebih kurang 200ml air) dan tuangkan ke serata bekas takungan. Selain dari itu tepung beras di campur sedikit yis juga boleh diberikan.
  Kaedah diatas antara cara yang kami gunakan, tetapi pemberian susu yang berlebihan juga akan membuatkan air berbau masam. Jika ini terjadi, tangkap sebahagian kutu air yg ada untuk di jadikan induk, dan tukar kepada air baru, jangan bimbang kutu air sangat cepat membiak,

Selamat mencuba kerana sumber makanan yg sangat murah. Tinggi protin untuk ikan dan boleh diberi sehingga ikan laga anda membesar.

Terima kasih