Friday, 20 December 2013

Cara Penetasan Artemia di ILA

Salam semua,

  Hari ini hobi menternak ikan laga semakin mendapat perhatian. Ramai yang berjaya membiakkan ikan laga tapi ramai juga yang gagal membesarkan anak2 ikan tersebut. Semua yang pernah cuba membesarkan anak2 ikan lagi pasti tahu makanan yang sesuai untuk si ikan kecil ini. Di antara makanan yang popular ialah kutu air dan artemia.
  Kami di ILA menggunakan artemia (sejenis hidupan kecil laut) yang boleh didapati dalam bentuk telur kecil, tetapi ia perlu diproses supaya menetas dan diberikan kepada anak2 ikan. Artemia juga ada pelbagai jenama, terpulanglah kepada kemampuan masing2, tetapi caranya tetap sama. Gambaran saiz artemia dan anak ikan seperti berikut

Iksan google














Di antara jenama artemia yang terdapat di pasaran seperti berikut:
Artemia Salina

 








Artemia Sera













Artemia JBL










Berikut adalah kaedah mudah untuk menetaskan telur2 artemia. Sediakan peralatan mudah seperti di bawah

Botol air (1.5L) yang dipotong 2 bahagian (lebih kurang 5" dari bawah) dan bahagian atas di terbalikkan seperti gambar berikut.













Sediakan juga tube dan "air valve".













Dan yang paling utama ialah "air pump"












Sambungkan tube melalui bawah penutup botol dan bahagian yang satu lagi ke air valve, seterusnya sambung ke air pump. Tujuan air valve digunakan supaya dapat mengawal kekuatan angin ke dalam botol. Udara/angin  yang diperlukan adalah yang sederhana agaran air yang berombak sahaja.
   Jika menggunakan Artemia jenama JBL, tidak perlu penambahan garam, hanya masukkan air dan telur artemia pada sukatan yang betul. Ia mengambil masa antara 24 hingga 36 jam untuk mendapat jumlah penetasan yang terbaik. Sesudah cukup masa penetasan, anak artemia yang sangat kecil boleh di lihat pada jarak dekat.
   Gunakan penyedut seperti dibawah untuk mengabil anak2 artemia, dan tapiskan dengan kain atau penapis halus untuk mendapatkan artemia tersebut.Artemia perlu ditapis untuk mengelak air masin berlebihan masuk kedalam tempat anak2 ikan.

Penyedut dan penapis artemia















Selamat mencuba.....

14 comments:

  1. awak ada jual artemia sera??jika ada...boleh pos x??
    #MuizzMandzukic

    ReplyDelete
  2. saya dah jarang guna artemia sekarang sejak terbeli yg tak berkualiti tempoh hari. Guna kutu air pun anak anak ikan boleh makan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. artemia yg mana x berkualiti tu??tkut2 nnti sypon terbeli jgak..

      Delete
    2. kutu air blh dptkn dkt mna ye

      Delete
  3. artemia kat kedai biase brapa ringgit? nak dpt kan kutu air tu cmne ek


    ReplyDelete
  4. Tengok pada qualiti, kalau murah takut % yg menetas rendah. Klu yg brand JBL tu antara RM27 hingga RM30.
    Tinggal kat mana, kalau kat KL boleh pegi ke PJ old town. Ada kedai ikan jual kutu air tapi tak de artemia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama Kedai ikan dkt pj old town tu Kedai Kok.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Kenapa bapa ikan mkn semua anak2nya?

    ReplyDelete
  7. Skrg ikan laga sya dah bertelur dan menetas sudah 3 minggu. Minggu pertama bnyk lepas tu hilang semuanya. Tapi sya dah asingkan ibunya. Minggu ke2 dua sya chek balik ada 2 ekor aje. Tapi payah nk nampak kecil sngt. Lepas tu besok hilang terus.. dan minggu ke3 sya tengok bapak ikan keluarkan 2 ekor dari molotnya. Skrg sya ambik dan asingkan. Tapi x tau nk bagi mkn apa. Sebab artemia tak ada d lokasi sya. Skrg apa yg harus sya buat untuk mknan alternative?

    ReplyDelete
  8. artemia nie kalo biar dia membesar tak?. besar dia jadi apa ek?

    ReplyDelete
  9. Admin, nk tanye, kalau guna susu ikan ok x?... and kalau guna bloodworm yg beku (x hidup)?

    ReplyDelete
  10. Bleh x klau guna liquifry pqs tu x guna yg lqin dah?

    ReplyDelete