Topik hari ini nak cerita pasal pembiakan ikan laga versi ILA. Kepada sesiapa yang meminati ikan laga pasti akan teruja untuk membiakan ikan laga sendiri. Bayangkan dari sepasang ikan laga boleh bertambah kepada beratus ekor ikan baru.Tetapi sebelum memulakan proses pembiakan ini beberapa perkara perlu disediakan.
1. Sepasang ikan laga (jantan dan betina) yang matang.
Ikan laga ini perlulah aktif dan sihat. Di nasihatkan pilih ikan dari jenis yang sama seperti plakat sama plakat atau sebagainya.
Pastikan ikan laga betina tidak lebih besar dari ikan laga jantan. Jika ikan betina lebih besar, ia akan menyulitkan proses pembiakan dan kemungkinan persenyawaanan tidak berlaku.
ikan laga jantan
2. Tempat pembiakan.
Sediakan tempat pembiakan yang sesuai. Minimum tangki adalah 1 kaki x 6 in. Sedikit lebih besar lebih baik tetapi tidak terlalu besar.
Masukkan air sedalam antara 3 in hingga 5 in. Air yang terlalu dalam akan menyulitkan proses kutipan telur yang dilepaskan oleh ikan betina.
Campurkan anti klorin secukupnya jika menggunakan air paip.
Sediakan tangki kecil lut sinar untuk diletakkan di dalam bekas pembiakkan.Tangki ini untuk mengasingkan ikan betina buat sementara (proses suai kenal).
Masukkan juga daun ketapang untuk mengawal PH air dan sebagai mempercepat dan menambah keghairahan ikan untuk bertelur.
Sediakan juga cawan polistrin (di belah dua) sebagai asas untuk ikan membuat buih.
Tangki pembiakan yang simple di ILA
Ikan laga betina yang baru dilepaskan dari tangki kecil.
Selepas selesai menyediakan tempat pembiakan, ikan laga boleh dilepas dengan ikan betina diasingkan ke dalam bekas kecil dahulu. Selepas beberapa jam atau semalaman ikan laga jantan akan mula membuat buih pada cawan polistrin ataupun pada daun ketapang yang terapung. Pada waktu ini ikan betina boleh dilepaskan bersama ikan jantan. Pada mulanya mungkin ikan jantan akan berkelakuan garang dengan si betina ini. Ini menunjukkan proses membuat sarang( buih) masih belum selesai. Jangan risau dan biarkan sepasang ikan laga ini di tempat yang sama. Ikan laga betina akan mula mendekati ikan jantan bila kedua duanya bersedia untuk bersama.
Buih di bawah cawan polistrin
Buih di bawah daun ketapang
Proses bertelur mungkin memakan masa antara sejam hingga ke empat jam. Kebanyakkan keadaan ikan akan bertelur pada waktu siang. Proses mengawan, bertelur dan mengutip telur yang jatuh untuk disimpan di dalam buih dilakukan bersama sama. Setelah selesai bertelur, ikan jantan akan menghalau ikan betina dari sarangnya. Alihkan ikan betina untuk mengelak kecederaan.
Selepas 24 hingga 48 jam, telor telur tadi akan mula menetas. Ikan jantan akan mengawasi anak anak ikan yang baru ini dan menangkap jika ada yang tersasar dari sarangnya. Jika ada kecacatan atau penyakit ikan jantan akan memakannya untuk mengelak dari merebak.
Lihat topik penjagaan anak ikan laga selepas topik ini di sini