Seperti yang dijanjikan dahulu, kali ni nak bercerita pasal ikan laga DUMBO atau juga dikenali sebagai Big Ear. Bagi peminat ikan laga pasti pernah mendengar nama ikan akan tahu kelebihan ikan laga ini. Ikan laga Dumbo dikenali sebagai ikan yang unik kerana mempunyai sirip tepi yang bersaiz besar dari biasa. Ikan laga ini menjadi perhatian dan mendapat permintaan yang sangat tinggi suatu ketika lalu. Ikan laga yang mempunyai sirip besar ini tidak terhad kepada plakat sahaja, malah terdapat pada halfmoon, crowntail dan juga longtail.
Pasangan kepada ikan laga jantan ini juga (ikan betina) mempunyai ciri ciri yang sama dimana sirip tepi lebih besar dari ikan laga biasa. Walaupun siripnya tidak sebesar ikan laga jantan, namun ia mudah dikenali.
Gambar gambar di bawah adalah koleksi ILA ikan laga Big Ear
HM Plakat Big Ear Jantan
HM Plakat Big Ear Jantan
HMP Big Ear Jantan
HMP Big Ear Jantan
HMP Big Ear Jantan
HMP Big Ear Jantan
Plakat Big Ear Betina
Plakat Big Ear Betina