Saturday 25 July 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kepada yang beragama Islam, admin ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin. Kalau ada salah silap semasa berblogging mohon maafkan. Kepada yang lain, sama sama kita meriahkan hari raya bersama kawan kawan kita.

Tuesday 9 June 2015

As Salam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih kerana masih sudi bertandang ke sini walaupun dah lama tak bersiaran. Masih dengan aktiviti ikan laga tetapi sedikit perlahan kerana faktor kesibukan.Saya akan kembali memberi tip tip terbaru tidak lama lagi, di samping memulakan penjualan ikan laga secara online. Semua ini akan dikemaskini tidak lama lagi, harap kawan kawan semua dapat bersabar

Sunday 25 January 2015

Mini Akuarium Kaca Utk Ikan Laga

Salam sejahtera dan bersua lagi,

Lama betul tak berblog kat sini, sedikit sibuk tapi minat ikan laga masih membara. Kali ni nak cerita pasal akuarium untuk ikan laga. Kebiasaan kita lihat ikan ikan laga diletakkan pada botol atau bekas yg berbentuk bulat dan diperbuat dari plastik. Tiada masalah dgn bekas tersebut selagi saiz dan air mencukupi tetapi kepuasan untuk melihat ikan laga bergerak dan mengembangkan ekor dan siripnya sedikit terganggu. Kebiasaan ikan laga akan bergerak ke tepi berdekatan dgn sisi lawannya bila mengembangkan ekornya dan ini menyebabkan pemandangan terganggu bila diletakkan di dlm bekas yg bulat (selinder). Kadangkala nak ambil gambar  pun susah.


akuarium mini kaca

 Akuarium mini diperbuat dari kaca berbentuk segi empat tepat juga terdapat di pasaran. Ia memang sesuai untuk ikan laga yg tidak memerlukan bekalan oksigen dan tinggal bersendirian di dalam satu bekas. Jika menggunakan bekas ini, anda akan dapat rasakan satu pemandangan yg penuh walaupon ikan anda bergerak gerak. Antara saiz yg saya gunakan ialah 6"x4"x6", dan boleh diisi sehingga 1.5 liter air. Air sebanyak ini mampu untuk bertahan sehingga 2 minggu tanpa di tukar.
Letakkan sedikit batu di dalam akuarium untuk mengawal suhu air supaya sentiasa sejuk. Ikan laga juga sensetif jika suhu air berubah sedikit tinggi dari kebiasaannya.