Showing posts with label ikan laga. Show all posts
Showing posts with label ikan laga. Show all posts

Sunday, 25 January 2015

Mini Akuarium Kaca Utk Ikan Laga

Salam sejahtera dan bersua lagi,

Lama betul tak berblog kat sini, sedikit sibuk tapi minat ikan laga masih membara. Kali ni nak cerita pasal akuarium untuk ikan laga. Kebiasaan kita lihat ikan ikan laga diletakkan pada botol atau bekas yg berbentuk bulat dan diperbuat dari plastik. Tiada masalah dgn bekas tersebut selagi saiz dan air mencukupi tetapi kepuasan untuk melihat ikan laga bergerak dan mengembangkan ekor dan siripnya sedikit terganggu. Kebiasaan ikan laga akan bergerak ke tepi berdekatan dgn sisi lawannya bila mengembangkan ekornya dan ini menyebabkan pemandangan terganggu bila diletakkan di dlm bekas yg bulat (selinder). Kadangkala nak ambil gambar  pun susah.


akuarium mini kaca

 Akuarium mini diperbuat dari kaca berbentuk segi empat tepat juga terdapat di pasaran. Ia memang sesuai untuk ikan laga yg tidak memerlukan bekalan oksigen dan tinggal bersendirian di dalam satu bekas. Jika menggunakan bekas ini, anda akan dapat rasakan satu pemandangan yg penuh walaupon ikan anda bergerak gerak. Antara saiz yg saya gunakan ialah 6"x4"x6", dan boleh diisi sehingga 1.5 liter air. Air sebanyak ini mampu untuk bertahan sehingga 2 minggu tanpa di tukar.
Letakkan sedikit batu di dalam akuarium untuk mengawal suhu air supaya sentiasa sejuk. Ikan laga juga sensetif jika suhu air berubah sedikit tinggi dari kebiasaannya.

Saturday, 24 May 2014

Kenali Ikan Laga : Long Tail / Vieltail

Salam sejahtera,

Jumpa lagi sekali, kali ni nak update pasal ikan laga Long Tail ataupun sesetengah dikenali sebagai Vieltail. Seperti namanya, ikan laga yang berekor panjang ini masih sama sifatnya yang mana jantan tidak boleh di simpan lebih dari seekor dalam satu bekas. Walaupun berekor panjang, ikan ini masih dapat bergerak pantas bila lawan di kesan. Ikan laga Long Tail yang sihat juga dapat mengembangkan ekornya, tetapi tidaklah sebesar Ikan Laga halfmoon ataupun Delta. Ikan jantan Long Tail ini lebih suka berehat dan tidak terlalu aktif bila dalam keadaan aman.
Untuk tujuan pembiakkan Jantan Long Tail hendaklah dipadankan dengan betina Long Tail untuk mendapat anak yang berekor yang panjang dan cantik.

gambar berikut adalah dari Ikan Laga Jantan Long Tail











Friday, 23 May 2014

Kenali Ikan Laga : Crown Tail

Salam sejahtera dan jumpa  sekali lagi,

Hari ni nak kisah pasal ikan laga Crown Tail pula. Ikan ni dikenali melalui ekornya yang berjurai jurai. Spesis ini terdapat dalam pelbagai jenis samada plakat ataupun halfmoon dan double tail.  Sama seperti ikan laga lain kecantikkan ikan laga ini bergantung kepada tahap kembangan ekornya dan kecantiKkan corak pada badan dan ekornya.
Ikan laga betina crown tail juga mempunyai ciri ciri yang sama pada ekornya kecuali ekor yang lebih kecil. Untuk tujuan pembiakkan, di cadangkan memilih kedua dua jantan dan betina dari spesis yang sama (crown tail) untuk mendapat anak anak yang menarik.
Gambar gambar di bawah ini adalah sebahagian dari crown tail yang terdapat di ILA, tetapi bukanlah dari spesis yang cantik, hanya sekadar untuk mengenalinya sahaja.







Saturday, 14 December 2013

Membela Ikan Laga

Salam,
Ramai di antara kita yang meminati ikan laga dan ada yang membela atau ada yang sekadar menjenguk di kedai2 ikan. Membela ikan laga adalah yang paling mudah, hanya sediakan bekas yang sesuai berisi air tanpa klorin (air bertapis, mineral atau gunakan air paip bersama anti klorin) dan pastikan makanan yang sesuai untuk ikan tersebut, malah makanannya murah dan hanya sedikit diperlukan, Kos untuk membela ikan laga hanyalah untuk mendapatkan ikan kesukaan sahaja. Gunakan bekas lut sinar dan simpan di tempat yang teduh.
Untuk lebih meriah, dapatkan lebih dari seekor ikan laga. Jangan masukkan lebih dari seekor ikan laga jantan ke dalam satu bekas, asingkan dan hadangkan dia dengan kertas dari melihat satu sama lain untuk mengelak kecederaan dan keletihan. Sesekali alih halangan kertas, dan masa inilah untuk melihat kecantikkan ikan laga jantan bila ia mengembangkan ekornya. Memang menyeronokkan.
























Wednesday, 11 December 2013

Ikan Laga Betina

Salam sejahtera,

Bagi sesetengah peminat ikan laga, mereka hanya meminati aksi ikan jantan terutamanya bila ia disaingkan dengan sesama ikan laga.Walau bagaimana pun ikan laga betina juga sejak akhir2 ini mempungai nilai yang tersendiri. Kalau dulu ikan betina ini seolah2 tiada harga di pasaran dan sukar untuk diperolehi, tapi hari ini ikan laga sudah mempunyai nilai. Di kebanyakkan kedai ikan, ikan laga betina bernilai tidak kurang dari RM2 seekor dan saya pernah melihat  seekor ikan betina halfmoon diletak tanda harga sehingga RM15 seekor. Kami di ILA juga menjual ikan laga betina pada nilai harga RM2 hingga RM5 seekor bergantung kepada warna ikan tersebut.

Contoh ikan laga betina Halfmonn yng terdapat di ILA



















Ikan laga betina perlu dikenali jenisnya supaya senang melakukan pembiakkan.