Salam Sejahtera,
Daun ketapang memang sinonim dengan ikan laga. Daun ini dikatakan bagus untuk proses pembiakan ikan laga dan proses pemulihan. Untuk proses pembiakkan, hanya sedikit daun ketapang di perlukan dan kesan dari daun ini air akan menjadi kekuningan. Hanya daun ketapang yang tua dan kering sahaja digunakan. Jika terlebih daun ketapang air mungkin menjadi terlalu kuning dan tidak sesuai untuk ikan laga. Ia umpama seperti ubat ubatan, jangan terlebih dos, yang sihat pun akan sakit. Kesan penggunaan daun ketapang dapat dilihat dengan jumlah telur yang dihasilkan lebih banyak.
Daun ketapang ini boleh didapati meluas di tempat kita seperti di tebing tasik atau sungai.Untuk mengenali daun ini kami paparkan contoh seperti di bawah:
Daun Ketapang Kering
nak beli Daun Ketapang dgn poslaju malaysia sila SMS/whatapps +60175522128.
ReplyDelete