Wednesday, 11 December 2013

Makanan Ikan Laga

Salam sejahtera,

Ikan laga merupakan sejenis ikan yang paling senang dijaga. Tanpa bekalan oksigen dan tangki yang sesuai ikan laga dapat membesar dengan baik. Selain dari itu pemakanan ikan laga juga tidak lah susah. Banyak makanan yang sesuai untuk ikan laga yang dewasa. Selain dari pallet (makanan yang di proses dalam bentuk bijian berserta dengan zat tertentu) yang mudah didapati di kedai ikan, ikan ini juga baik jika di beri jentik jentik ( awas: jangan biak jentik2 di rumah). Dikatakan jentik2 dapat mencantikkan warna ikan laga. Selain dari itu cacing kecil juga sesuai sebagai makanan ikan laga. Cacing beku juga ada di jual di kebanyakkan kedai ikan.

Cacing beku





Makanan diproses





Selain dari makanan untuk ikan dewasa, bagi yang gemar membiakkan ikan laga juga pasti mengenali makanan untuk anak ikan laga yang baru menetas. Kami di ILA menggunakan Artemia sebagai makanan untuk anak2 ikan laga. Bahan ini merupakan telor artemia yang akan ditetaskan menjadi baby artemia dan di beri terus kepada anak2 ikan yang masih kecil. Untuk menetaskan telor artemia ini beberapa peralatan diperlukan seperti pam udara, tubing, tubing valve dan botol kosong (2 biji) Lihat gambar dibawah.
Telor artemia ini mengambil masa lebihkurang 24 hingga 36 jam untuk menetas. Artemia ini sangat kecil dan amat sesuai untuk anak ikan laga.

Artemia Jenama JBL





Cara memproses artemia



Cara lengkap untuk memproses artemia akan disiarkan dlm posting akan datang.

8 comments:

  1. saya mau beli artemia yang dah diproses...blh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Fauzi,

      Artemia yg diproses tak tahan lama, 2hari je maksimum. Sebaiknya beli telur artemia dan proseskan sendiri, senang je nak buatnya.

      Delete
    2. Dimana mahu beli microworm stater

      Delete
  2. Artemia blh dpt kat mana, susah nak cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak kedai yang jual artemia ni. Mungkin sebab harga kot, kalau kat kedai ikan yg besar sikit rasanya ada kot.

      Delete
  3. Info yg menarik...bru berjinak2 nak pelihara ikan. Ikan laga pilihan pertama.

    ReplyDelete
  4. Boleh tak aku bagi makan ikan laga aku cengkerik atau belalang??nak tanye je

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete