Kalau sebelum ni dah cerita pasal makanan ikan laga dewasa ( lihat di sini ) kali ni nak cerita pasal makanan untuk anak anak ikan laga terutamanya anak ikan yang baru menetas. Kebiasaannya selepas 3 atau 4 hari makanan asal yang terdapat pada badan anak ikan akan kehabisan. Anak anak ikan ni mulai aktif dan sudah pandai berenang. Pada masa ini anak anak ikan ini memerlukan makanan untuk kekal hidup dan membesar.
Ada pelbagai sumber yang boleh digunakan untuk dijadikan makanan anak anak ikan ini. Berikut adalah antara senarai makanan yang sesuai dan pernah di cuba di ILA.
1. Artemia
Sejenis hidupan laut seolah olah udang kecil. Artemia ini diperolehi dengan cara melakukan penetasan dari telor telor artemia yang terdapat dipasaran (cara penetasan artemia pernah di ceritakan di sini). Artemia ini sangat kecil dan sangat sesuai dengan saiz mulut anak anak ikan tersebut.Pergerakan artemia yang tidah berapa laju dapat menarik perhatian anak anak ikan dan mudah bagi mereka untuk menangkap makanan tersebut. Sumber makan hidup dan bergerak gerak sangat menarik perhatian anak anak ikan berbanding dengan makanan yang kaku terapung di atas air.
Pelbagai jenis artemia terdapat di pasaran kita, tetapi awas tidak semua jenis artemia mampu menghasilkan anak anak artemia (baby brine shrimp). Kadang kala produk yang tidak berkualiti menyebabkan hampir tiada anak anak artemia dihasilkan.Harga artemia sedikit mahal menyebab sesetengah pihak mengambil kesempatan keatas jenama terbaik dengan menjual telor yg tidak berkualiti.
Artemia hanya dapat hidup lebih kurang 48jam dari masa penetasan.
2. Kutu Air
Hampir sama seperti artemia. haiwan ini bersaiz kecil (sedikit besar dari artemia) dan pergerakkan kutu air cepat menarik perhatian anak anak ikan laga. Anak nak ikan laga akan memilih kutu air yang sesuai dengan saiz mulutnya sebagai mangsa. Ada juga kutu air sedikit besar dan elakkan dari memberi kepada anak anak ikan laga. Kutu air boleh juga didapati di sesetengah kedai ikan dan harganya jauh lebih murah, ataupun boleh di cari di mana parit kecil yang aliran airnya tidak laju. Tolong jangan cari di loji rawatan air kerana ia merbahaya dan sangat sangat tidak bersih. Kutu air juga boleh di biakkan. (akan dibincangkan pada topik akan datang)
Pergerakan kutu air lebih laju dan dapat hidup lebih lama.
3. Microworm
Microworm adalah senang dikenali sebagai cacing kecil yang sangat halus. Untuk mendapatkan microworm ini ia perlu dibiakkan. Antara keperluan yang perlu ada ialah, microworm starter, yis dan roti serta bekas lutsinar (gelas plastik pakai buang atau bekas makanan plastik pakai buang supaya boleh dilihat pergerakkannya). Microworm juga boleh di beli di sesetengah kedai ikan laga ataupun melalui rakan niaga melaui pos.Ia mengambil masa 2 higga 3 hari untuk dapat menuai hasil. Microworm akan bergerak ke tepi dinding dan dapat dilihat sebagai benang benang halus di sekitar bekas pembiakan.Microworm tidak berenang didalam air tetapi pergerakkannya akan menarik perhatian anak anak ikan laga.
4. Liquifry
Ini adalah sumber makanan untuk anak ikan yang baru beberapa hari menetas. Cara penggunaanya juga agak mudah, cuma titiskan beberapa titik Liquifry ke dalam bekas pembiakkan selepas induk ikan habis bertelor. Liquifry dalam masa 2 hingga 3 hari kan bertukar menjadi infosuria, (microscopic natural organisms) dan ini kan menjadi sumber makanan untuk anak ikan. Jika terlewat, boleh juga di adukkan didalam bekas lain dahulu kemudian perlahan lahan tuangkan ke dala bekas anak anak ikan yang telah menetas. Jika untuk digunakkan pada anak anak ikan laga carilah LIQUIFRY no 1. Gunakan Liquifry hanya sebagai sumber alternatif atau pun back up jika kehabisan artemia atau kutu air.
5.Telor Kuning
Telor kuning mungkin menjadi pilihan terakhir jika antara makanan yang di sebut di atas sukar didapati. Kaedahnya sangat mudah dan secara teorinya telor kuning cukup dan sesuai untuk pembesaran anak ikan laga tetapi masalahnya, mahukah anak ikan laga memakannya.
Dapatkan sedikit telor kuning dan bungkuskan dengan kain nipis yang bersih. Rendamkan 3 hingga 4 minit sahaja. Anak ikan akan memakan (jika mahu) cairan dari kuning telor tersebut. Awas jangan terlalu banyak, air cepat kotor dan berbau. Penggunaan telor kuning memerlukan kerajinan untuk menukar air, tetapi suhu air yang berbeza juga boleh membunuh anak anak ikan yang masih baru.
6. Lain lain makanan
Jika dalam keadaan yg sangat terdesak, cuba hancurkan apa apa makanan ikan sehalus mungkin dan masukkan sedikit sahaja untuk sementara mendapatkan makanan yang sesuai. Jika berlarutan, peratusan untuk anak anak ikan untuk hidup sangat rendah.
Sedikit panjang coretan kali ini, moga dapat membantu yang masih baru......
TERIMA KASIH BANYAK2 TUAN.Info yg sangat berguna.
ReplyDeleteSama sama, sekadar berkongsi ilmu. Moga ramai yg berjaya membiakkan ikan laga
ReplyDeletebro boleh pos x kutu air area perlis
ReplyDeleteHi bro, saya tak berani nak pos kan kutu air ni, nyawa dia tak panjang dan sensetif. Takut takut klu sampai pon dan mati semuanya. Cuba cari kat longkang yg air tenang skit, tak pun cari kat lopak air yg itik dok berendam.
DeleteKenapa aku menetaskan artemia tak jadi.lampu dah ok.sukatan pun betul.
ReplyDeleteOksigen pun banyak.bekas ok.air masin pun aku sukat betul betul
.ataupun artemia brand jbl ni tak berkualiti.aku patut tukar jenama artemia ke?
Ntah ler. Aku guna artemia yg xpakai pump. Pakai bekas lutsinar je.
Deleteterima kasih bro.mohon pinjam info untuk assingmnt kerja
ReplyDeleteartemia ad jual ke bos?
ReplyDeleteNak tanye la
ReplyDeleteAntara bbs dgn kutu air mane lagi cepat besar utk fry? Sbb byk otai2 guna kutu air mungkin sbb ready made sementara bbs kene buat hatcheries selame 24jam. Mungkin leceh la kot bg otai2 breeder ke camne? Bleh bagi penjelasan sikit x?
Ada tak makanan lain?
ReplyDeleteanak ikan umur 4 hari pun dah mati..dah kutu air tapi tak makan..ada lagi tak cadangan lain?
ReplyDeleteJentik2 boleh ke untuk anak ikan laga yang baru?
ReplyDeleteHalo bro... Ada info cikit ni.. Sy 2 ja pakai kuning telor pastu air cpt kotor & susah nak jaga air slalu nak jaga tukar air... Sy guna la tubuhan terapung dalam parit simpan dalam akuarium tempat anak ikan laga dlm masa yg sama 2hari muncul kutu dalam aquarium( kangkung dalam parit pun boleh cuba) .. Korang try la.. Ini firstime try tenak anak ikan laga.. All the best semua..
ReplyDeleteBoleh tak tukar air guna air coway utk ikn laga
ReplyDelete