Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih kerana masih sudi bertandang ke sini walaupun dah lama tak bersiaran. Masih dengan aktiviti ikan laga tetapi sedikit perlahan kerana faktor kesibukan.Saya akan kembali memberi tip tip terbaru tidak lama lagi, di samping memulakan penjualan ikan laga secara online. Semua ini akan dikemaskini tidak lama lagi, harap kawan kawan semua dapat bersabar
Tuesday, 9 June 2015
Sunday, 25 January 2015
Mini Akuarium Kaca Utk Ikan Laga
Salam sejahtera dan bersua lagi,
Lama betul tak berblog kat sini, sedikit sibuk tapi minat ikan laga masih membara. Kali ni nak cerita pasal akuarium untuk ikan laga. Kebiasaan kita lihat ikan ikan laga diletakkan pada botol atau bekas yg berbentuk bulat dan diperbuat dari plastik. Tiada masalah dgn bekas tersebut selagi saiz dan air mencukupi tetapi kepuasan untuk melihat ikan laga bergerak dan mengembangkan ekor dan siripnya sedikit terganggu. Kebiasaan ikan laga akan bergerak ke tepi berdekatan dgn sisi lawannya bila mengembangkan ekornya dan ini menyebabkan pemandangan terganggu bila diletakkan di dlm bekas yg bulat (selinder). Kadangkala nak ambil gambar pun susah.
Akuarium mini diperbuat dari kaca berbentuk segi empat tepat juga terdapat di pasaran. Ia memang sesuai untuk ikan laga yg tidak memerlukan bekalan oksigen dan tinggal bersendirian di dalam satu bekas. Jika menggunakan bekas ini, anda akan dapat rasakan satu pemandangan yg penuh walaupon ikan anda bergerak gerak. Antara saiz yg saya gunakan ialah 6"x4"x6", dan boleh diisi sehingga 1.5 liter air. Air sebanyak ini mampu untuk bertahan sehingga 2 minggu tanpa di tukar.
Letakkan sedikit batu di dalam akuarium untuk mengawal suhu air supaya sentiasa sejuk. Ikan laga juga sensetif jika suhu air berubah sedikit tinggi dari kebiasaannya.

akuarium mini kaca

Sunday, 31 August 2014
Membiakkan Kutu Air
Salam sejahtera dan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia,
Bertemu kembali selepas lama tiada update dari kami di ILA. Masih aktif dengan ikan laga cuma tak ada banyak benda baru yang nak di kongsi bersama. Aktiviti membiakkan ikan laga masih berjalan walaupun beberapa bulan yang lepas cuaca panas terik sedikit menjejaskan pembesaran anak anak ikan laga. Selebih dari itu terdapat masalah dengan bekalan artemia yang tak berkualiti mungkin tidak di simpan dengan cara yang betul dlm cuaca panas yang lalu.
Di sebabkan kualiti artemia dan peratus penetasan sangat kecil, kami beralih kepada kutu air. Masalah utama ialah bekalan berterusan kutu air untuk anak anak ikan. Kutu air hanya dapat hidup di sekitar 2 hingga 3 hari sahaja tanpa penjagaan yang betul. Selain dari itu terpaksa berulang alik ke kedai yang menjual kutu air juga sesuatu yang melecehkan dan mengambil banyak masa.
Kutu air ( kos yang sangat murah berbanding artemia))
Sebenarnya kutu air boleh diternak dengan cara yang mudah, walaupun dilakukan di dalam bangunan tanpa cahaya matahari. Ada pelbagai cara untuk menternak kutu air ini, yang paling utama ialah makanannya.Bagi yang membiakkan kutu air di luar dgn takungan yang besar, pelbagai makanan seperti sisa kelapa, sisa ikan hinggakan ke najis ayam juga digunakan. Tetapi untuk membiakkan di dalam atau tempat teduh, ada teknik tertentu yang sangat mudah.
Peralatan yang diperlukan ialah bekas takungan air(lebih kurang 2 * 3 kaki ataupun baldi besar), pam udara dan makanan yang sesuai ( tidak berbau). Masukkan air dan sehelai dua daun ketapang atau daun pisang kering atau sedikit jerami dan biarkan selama 2 atau 3 hari. Dapatkan sedikit kutu air untuk dijadikan induk. (Kutu air tidak memerlukan pasangan untuk membiak, ia bergantung kepada suhu air samada aktif atau tidak untuk membiak. Kebiasaannya suhu di Malaysia amat sesuai untuk haiwan ini membiak.) Pasangkan pam udara. Makanan yang paling sesuai untuk mengurangkan bau ialah tepung susu, bancuhkan tepung susu (satu sudu teh dengan lebih kurang 200ml air) dan tuangkan ke serata bekas takungan. Selain dari itu tepung beras di campur sedikit yis juga boleh diberikan.
Kaedah diatas antara cara yang kami gunakan, tetapi pemberian susu yang berlebihan juga akan membuatkan air berbau masam. Jika ini terjadi, tangkap sebahagian kutu air yg ada untuk di jadikan induk, dan tukar kepada air baru, jangan bimbang kutu air sangat cepat membiak,
Selamat mencuba kerana sumber makanan yg sangat murah. Tinggi protin untuk ikan dan boleh diberi sehingga ikan laga anda membesar.
Terima kasih

Subscribe to:
Posts (Atom)