Salam sejahtera dan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia,
Bertemu kembali selepas lama tiada update dari kami di ILA. Masih aktif dengan ikan laga cuma tak ada banyak benda baru yang nak di kongsi bersama. Aktiviti membiakkan ikan laga masih berjalan walaupun beberapa bulan yang lepas cuaca panas terik sedikit menjejaskan pembesaran anak anak ikan laga. Selebih dari itu terdapat masalah dengan bekalan artemia yang tak berkualiti mungkin tidak di simpan dengan cara yang betul dlm cuaca panas yang lalu.
Di sebabkan kualiti artemia dan peratus penetasan sangat kecil, kami beralih kepada kutu air. Masalah utama ialah bekalan berterusan kutu air untuk anak anak ikan. Kutu air hanya dapat hidup di sekitar 2 hingga 3 hari sahaja tanpa penjagaan yang betul. Selain dari itu terpaksa berulang alik ke kedai yang menjual kutu air juga sesuatu yang melecehkan dan mengambil banyak masa.
Kutu air ( kos yang sangat murah berbanding artemia))
Sebenarnya kutu air boleh diternak dengan cara yang mudah, walaupun dilakukan di dalam bangunan tanpa cahaya matahari. Ada pelbagai cara untuk menternak kutu air ini, yang paling utama ialah makanannya.Bagi yang membiakkan kutu air di luar dgn takungan yang besar, pelbagai makanan seperti sisa kelapa, sisa ikan hinggakan ke najis ayam juga digunakan. Tetapi untuk membiakkan di dalam atau tempat teduh, ada teknik tertentu yang sangat mudah.
Peralatan yang diperlukan ialah bekas takungan air(lebih kurang 2 * 3 kaki ataupun baldi besar), pam udara dan makanan yang sesuai ( tidak berbau). Masukkan air dan sehelai dua daun ketapang atau daun pisang kering atau sedikit jerami dan biarkan selama 2 atau 3 hari. Dapatkan sedikit kutu air untuk dijadikan induk. (Kutu air tidak memerlukan pasangan untuk membiak, ia bergantung kepada suhu air samada aktif atau tidak untuk membiak. Kebiasaannya suhu di Malaysia amat sesuai untuk haiwan ini membiak.) Pasangkan pam udara. Makanan yang paling sesuai untuk mengurangkan bau ialah tepung susu, bancuhkan tepung susu (satu sudu teh dengan lebih kurang 200ml air) dan tuangkan ke serata bekas takungan. Selain dari itu tepung beras di campur sedikit yis juga boleh diberikan.
Kaedah diatas antara cara yang kami gunakan, tetapi pemberian susu yang berlebihan juga akan membuatkan air berbau masam. Jika ini terjadi, tangkap sebahagian kutu air yg ada untuk di jadikan induk, dan tukar kepada air baru, jangan bimbang kutu air sangat cepat membiak,
Selamat mencuba kerana sumber makanan yg sangat murah. Tinggi protin untuk ikan dan boleh diberi sehingga ikan laga anda membesar.
Terima kasih
Salam.. teruja betul tahu kedai ILA ni kat puchong aje, sy dari puncak alam. Nk mencari kutu air ngan daun ketapang. Camne nk kontek ye (fb.. wechat ke.. ape2)
ReplyDeleteNak tanya alamat specificnya katne?
DeleteW'salam, Kat area puchong banyak pokok ketapang Kat tepi jln ke..tak beli pon, Kat tepi tasik selalu bnyk pokok ni. Kutu air Ada Kat PJ old town
ReplyDeleteWhatapps 0163843377
Terima kasih.. dah jumpa dah. Erm nk tanya pasal daun pisang masuk kat bekas kutu air ni.. peranann khasiatnya sama mcm daun ketapang ke?
ReplyDeleteDaun pisang sama mcm ketapang juga tapi tak berapa power, kena letak extra skit. Lebih kurang 1:4 le....
ReplyDeletesalam tuan ILA sy nk minta bantuan utk dptkn daun ketapang di area kl ni sbb sy kurang kenalpasti daunnye mcm mn..t.kasih
ReplyDeleteW' salam, kalau kat area puchong ni ada bnyk pokok ni, terutama kat tepi tasik Puchong Prima (selepas sek. Menengah). Pokok ni kalau nak kenal, agak rimbun dan tinggi juga, daunnya warna hijau berkilat (tapi ambik yg kering dah jatuh je). Kat dlm blog ni pun pernah update pasal daun ketapang. (lihat tajuk Daun Ketapang) atau boleh google. Ada yg jual online tapi kat kedai aquarium payah nak dpt.Tak de daun ketapang pun tak jadi masalah, saya pernah cuba dan bertelor banyak juga. Cuma pastikan air tanpa klorin dan pasangan ikan yg sihat dan jantan mesti garang (klu boleh besar skit dari betina.
ReplyDeletepj oldtown tu kt kedai akuarium kok kan???hrge nye rm1 je kn?
ReplyDeleteYa, betul dan harganya RM1utk sebungkus.
Deletesaya sllu gak beli kutu air kt situ...cina tu pon dh knl...kalau kite jumpa kt situ mcm mne??
Deleteklu sebelum ni memang kerap sy ke situ, tapi sejak dah boleh maintain kutu air ni memang dah jarang skit. ada la sekali sekali ke situ. klu nak jumpa tak de masalah, tapi kena timing yg betul..ok je
DeleteSaya nak tanya satu bendalah...di mersing ade tak tempat yang berkenaan dengan kutu air..kalau ade yang selalu pergi mersing tolong pm saye ye
Deletesalam, bos, saya nak minta tolong poskan kutu air, boleh? kat terengganu ni susah nk cari kat kedai. camne boleh nampak kutu air dalam longkang sedangkan jarak mata dan air longkang tu jauh? depan rumah sy ada longkang bekas aliran air tahi kambing, juga ada jentik-jrentik, ikan gupy takde...ikan keli liar pun ada sekor dua. saya cedok air longkang tapi tak jumpa pun kutu air... saiznya macam microworm ke?
ReplyDeletew'salam, kutu air sedikit besar dari artemia dan boleh dilihat dari jarak dekat shj. Kebiasaannya kutu air akan timbul dipermukaan pada waktu pagi dan berwarna putih dan kemerahan bergantung kepada makanan. Kutu air tak tahan lama kalau tak di jaga dgn betul, kebiasaan kutu air yg siap di packing akan bertahan selama 48jam shj.
DeleteSy mohon sangat pertolongan... longkang jenis apa yang ada kutu air? dah banyak google internet, semua cakap pasal nak biakkan kutu air, tapi jarang yang cerita longkang apa yang ada kutu air... saya amik tahi burung terkukur dan peram dalam air paip beberapa hari, kutu air boleh ada dengan sendiri tak?
ReplyDeletememang betul ke kutu air menyebabkan ikan laga cepat besar...dan sudah boleh dijual setelah berusia 3 bulan? sy kasi microworm, tapi 5 bulan baru matang..kadang2 6 bulan, sedih bro,... kutu air dgn microworm yg mana lagi bagus?
ReplyDeletebagi saya, kutu air lebih cepat menarik perhatian anak anak ikan laga kerana ia sentiasa berenang dlm air. Microworm cuma tenggelam ke dasar akan menarik perhatian anak ikan bila ia bergerak gerak. Makanan hidup bagus untuk anak anak ikan ni samada kutu air atau microworm. Mungkin kuantiti yg saudara berikan tak mencukupi menyebabkan anak anak ikan lambat membesar. Banyak faktor lain seperti luas takungan dan kebersihan air juga perlu di ambil kira.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam, kutu air kalau nak cari sendiri kat tempat air yang tenang dan tak de arus. Banyak terdapat kat loji tapisan air kumbahan, tapi kotor laa. Ada kedai yg menjual kutu air ternak.Kutu air tak kan terjadi sendiri, habitatnya dlm air dan najis burung sebagai makanan shj.
ReplyDeleteSory, saya banyak tanya, saya ternak ikan laga juga, tapi malangnya semua anak-anak lambat matang, orang kata 3 bulan dah boleh jual, tapi sy punya 5 bulan baru boleh jual. sbb tu saya curious sangat makanan apa yang sampai ikan boleh besar dalam masa 3 bulan shj? sy guna microwom je..sekali sehari saya kasi makan...kalau kasi 2 kali sehari, saya tengok cacing yang tak habis masih merayap di bawah, so sebab tu kasi sekali je sehari.
ReplyDeletePembesaran anak anak ikan laga sememang tidak sekata, ada yg membesar dgn cepat dan ada yg perlahan. ia bergantung kepada makanan dan beberapa faktor lain seperti kualiti air dan jumlah anak ikan. Jika anak ikan terlalu banyak, asingkan ke beberapa bahagian supaya persaingan kurang. Cuba tukar makanan kepada artemia atau kutu air. Haiwan ini akan berenang di dlm air dan cpt mendapat perhatian anak anak ikan.Amalkan makan 2x sehari. Anak anak ikan tidak dpt makan dengan banyak dlm satu masa kerana perut yg kecil dan mengambil masa utk diproses. Microworm mingkin bagus bila anak anak ikan sudah melepasi minggu ke 3.
DeleteSaya bagi kutu air je lepas 2 mggu sampai umur sebulan lbih.. Kutu air klau bgi mkan skali shari boleh tp lebihkan kuantiti kutu air.. Dia boleh tahan 2 hari dalam bekas anak2 ikan.. Slalu sya msukkan kutu air n tggu tggal sdikit bru sya msukkan lgi..
DeleteLagi satu masalah, macam mana cara nak kekalkan 250 ekor anak ikan majoriti hidup? sy dh letak ktapang...dah letak pokok hidup(rumpai air)...dh biak dalam kebun iaitu kawasan habitat smulajadi, tapi yang hidupnya cuma 20-30 ekor je untuk sekali persenyawaan. Saya ada baca blog yang anak2 ikan sampai ratusan ekor boleh hidup. Mungkinkah mereka ada tips rahsia?
ReplyDeleteSalam, Untuk setiap kali bertelur terdapat antara 100 hingga 400 biji telor bergantung kepada pasangan ikan laga. Ikan yg sihat dan muda dapat mengeluarkan banyak telur. Kadar penetasan sgt tinggi bagi ikan laga cuma untuk 2 minggu pertama sangat kritikal. Jika menggunakan bekas penetasan yg besar, anak anak ikan ini tak perlu dialihkan. Proses memindahkan anak anak yg kecil (kurang dari 2 minggu) satu risiko yg tinggi. Kadar kematian ketika proses ini juga tinggi. Faktor lain ialah makanan pertama untuk anak anak ikan ini. Ada ramai penternak menggunakan air hijau untuk menampong bekalan makanan selepas kehabisan bekalan telur asal (yolk). Ramai juga yang memberikan artemia kerana hidupan ini sgt kecil dan berenang tidak terlalu laju dan dpt menarik perhatian anak anak ikan. Anak anak ikan cpt tertarik kpd haiwan yg bergerak dan kecil dari mulutnya. Menggunakan artemia dikatakan dapat menyelamat kan lebih kurang 80% anak ikan. faktor lain ialah kebersihan dan suhu air yang sesuai.
ReplyDeleteSekurang kurangnya saudara dpt juga membesarkan anak anak ikan tadi, ramai lagi yg masih mencuba tapi langsung tak berjaya...
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat juga saya melihat ikan yang berjaya membesar hasil belaan sendiri. Saudara ada jual kutu air?saudara ada biakkan ikan laga?atau kedai ikan laga? macam ni... saya ada bela burung...so saya ingat nak beli kutu air dari saudara dan guna najis burung untuk biakkan kutu air, bolehkan?saiz bekas ternakan kutu air besar mana?kena pakai oksigen macam penetasan artemia? saudara memang banyak memberi penjelasan dan saya sangat berpuas hati setelah begitu lama saya tertanya-tanya dan takde respon dari penulis blog lain.
ReplyDeletesalam, kutu air memang saya bela dan biakkan untuk menampung keperluan makanan anak anak ikan saya tapi tak de la sampai menjualnya.Ya, saya memang ada membiakkan ikan laga sebagai hobi tapi tak ada kedai ikan sepenuhnya. Saya menjual ikan ikan laga saya di kedai dobi saya...tak lucu kan. Customer ikan saya kebayakkan dalah customer dobi juga (2 in 1).
ReplyDeleteKalau saudara ada tempat, boleh biakkan kutu air lebih banyak di luar atau di kolam atas tanah. Sy tinggal di sini tempat amat terhad, sebab itulah saya cadangkan bekas yg sederhana shj.
Oksigen utk kutu air hanya masukkan tube dlm kolam takungan, tanpa perlu filter dan sebagainya. hanya sedikit shj oksigen atau udara diperlukan untuk kutu air.
I see, tak kelakar pun jual sekali dalam kedai dobi. sy ni terus luar rumah je dalam kebun belakang rumah. langsung takde orang lalu lalang. :)... kalau awak sanggup pos kutu air, saya sanggup bayar berapa sahaja, tapi jgnla cas mahal pula.. sy hanya perlukan benih kutu air sahaja.. blom pernah saya lihat dan bela kutu air ni... harap sangat boleh pertimbangkan, bukan ape, sebab najis burung dah ada sebab sy bela burung, jadi boleh kasi makan kat kutu air... saya nak try bela tanpa oksigen sebab sy buat kolam air rendah...teori saya adalah kutu air x mati bila kawasan luas dan air rendah. mohon ptolongan bro untuk jual sikit je kutu air tu... kalu boleh, text saya...mohon sangat
ReplyDeletesalam....sy berminat dengan blog tuan..................pasal pembiakan kutu air ...boleh bagi no telefon
ReplyDeleteWhatsapp atau SMS 0163843377
DeleteMana nak dapatkan kutu air secara semula jadi... Org kata di dalam loji najis betul ke?
DeleteAssalam...saya try call Admin tapi tak ada respon pun???saya berminat dengan cara membiak kutu air ni
ReplyDeletesalam,,knp ye sy buat yg pkai susu 2 xjadi..abis smua mti ktu air ny��
ReplyDeletepakai susu ni tipu je bro..aku dah try..mati abes..
DeleteAlah admin mana ada tipu kau tu je yang tak pandai
DeleteMacam mana nk dpt kan kutu air ...apa bahan bahan untuk buat kutu air
ReplyDeleteKalau boleh tunjuk kan mcm mane nk buat kutu air boleh pm saya di whatsap x..ini nombor saya01127133308
ReplyDeleteStarter microworm mcm MNA ek
ReplyDeletesalam nk tnye katane ade jual artemia area kl sedang mecarii kalau ade sape2 tahu wsp sye okey 01128892298 tq admin
ReplyDeleteKedai akuarium kok, pj
DeleteOwner blog dah tak pakai nombor tu ke? Call tak dapat
ReplyDeleteSalam..blh tak guna susu yg buat air tu
ReplyDeletesalam...kalau x guna pam udara boleh x???
ReplyDeletesatu lagi mane boleh cari kutu air eh????
Boleh je tak guna pam udara sbb saya ada cuba
DeleteBos ada jual lgi ke kutu air
ReplyDeletekalau area kl..boleh beli kutu air area kedai2 ikan di jln pasar pudu
ReplyDelete(PART 1)
ReplyDeleteAssalamualaikum sahabat sekalian. Saya cuma nak berkongsi satu tips yang menarik berkenaan penjagaan kutu air. Saya ada baca juga website mat saleh yg juga penternak ikan hiasan menggunakan kutu air dan cerita tentang cara pembiakan yang terbaik kutu air ni..
Jadi saya rasa sangat berbaloi untuk baca page tersebut selagi masih ada di: https://www.parosphromenus-project.org/en/forum/12-Methods/1535-methods-to-breed-moina
Website ni ditubuhkan untuk mencari penternak2 ikan yang berminat untuk membiak ikan gouramy/sepat yang terancam yang bernama parosphromenus yang hanya wujud di asia tenggara dan bercerita sedikit tentang pembiakan kutu air berdasarkan kajian dan pembacaan artikel diorg..
Jadi amat berbesar hati sy nak kongsi kat korg yang penternakan kutu air ni amat mudah..nak lagi detail baik baca sendiri kat website tu dan hadam setiap ayat..saya cerita ringkas shj kat sini.
Untuk pengetahuan, kutu air ni ada bnyak sgt jenis(banyok nok mapuh dlm loghat terengganu). Yang biasa kita boleh jumpa di pasaran ialah daphnia magna(paling besar boleh cecah 5mm) dan moina(moina kecik je saiz sesuai utk anak ikan laga/guppy makan maximum size 1mm lebih kurang).
Pemakanan kutu air(rujuk kpd moina dlm website tu) menggunakan air hijau chlorella. Korg kena sediakan sekurang2nya 2 bekas untuk pembiakan chlorella dan moina, dan 2 bekas lagi untuk back up. Daripada pencarian saya, sebenarnya dah banyak penjualan chlorella kat online dlm malaysia ni sy pon baru tau..korg WAJIB beli chlorella sebagai starter dan jangan nak pandai2 nak buat sendiri guna DIY tu..murah je chlorella rm5 pon ada. Pd pendapat saya, kalau korg 1st time nak biakkan kutu air, baik korg cuba ternak makanan dia dulu..lepas berjaya, baru ternak kutu air.
Antara kelebihan chlorella ialah air memang tak akan kotor sebab ia semula jadi..lepas tuang shj dlm bekas kutu air, kutu air makan sampai habis dan takda langsung kotoran/mendakan berlaku jika dibandingkan dengan menggunakan susu, yeast dan air basuhan beras (banyak cadangan ni yang digunapakai sy jumpa online). Kalau bagi lebih pon takpe..tapi kena jaga2 bnyak bagi makan, cepat kutu air membiak, lebih cepat tendency untuk kutu air 'crash'/mati berkumpulan. Sebab kutu air 'crash' masih belum diketahui, mungkin antara sebab banyak sisa ammonia yang terhasil drpd najis diorg sendiri lepas makan bnyak sgt.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete(PART 2)
ReplyDelete1.Biakkan dahulu chlorella 1 minggu sebelum beli kutu air:
-Guna shj apa2 bekas, sebaik-baiknya yang lebar dan tak terlalu dalam untuk chorella dapat cahaya secukupnya cntoh 60cmx20cmx20cm, yang terbaik guna aquarium sbb chorella akan dapat cahaya dari semua arah.
-ada 2 options yang dia bagi: nak bela indoor atau outdoor
a)pembiakan chlorella outdoor:
-Korg boleh letakkan starter chorella yang dibeli dalam bekas dengan nisbah yang sesuai contohnya chlorella 1 : air 4.
-Pasangkan air bubble supaya chlorella sentiasa bergerak dan setip sel chlorella dapat cahaya yang secukupnya untuk membiak.
-Sediakan air bancuhan baja NPK(boleh cari kat kedai pokok) dan tapis menggunakan kain yang nipis untuk elakkan berlaku mendakan dalam bekas chlorella, dgn meggunakan kain nipis dan tuangkan dalam bekas chlorella.
-Letakkan bekas diluar rumah yang ada direct cahaya matahari/letak je tepi tingkap rumah.
-Setelah tunggu beberapa hari, chlorella akan membiak dan warna air tu akan jadi lebih hijau.
b)pembiakan chlorella indoor:
-kaedah sama shj seperti outdoor, perbezaannya letak gula sikit dlm bekas sbg tenaga untuk chlorella membiak. Tak silap sy 5g setiap minggu. apa pun bergantung saiz bekas jgk korg try test la sndiri. Kaedah ni tak perlukan apa2 cahaya(matahari/lampu rumah/dll).
-antara kekurangan indoor: kualiti chlorella kurang sebab ada nutrient yang elok tak dapat dihasilkan sebab tak ada cahaya yang diberi.
2. Sediakan bekas pembiakan moina:
-Letak moina dlm air dah dirawat dgn anti-chlorine
-Bagi makan moina dgn chlorella 1 hari skali 1 scoop, lebih pon xpe xde hal
-Lepas 3-4 hari, moina dah multiple 3-4 kali ganda dan boleh digunakan bagi makan ikan.
-biasanya moina ni tahan lama kalau buat water change..tukar air 30% seminggu dah nice sgt
Antara tips yang sy baca online:
-korg kena sediakan bekas back up utk chlorella dan moina, penting sgt kalau bekas pembiakan diorg rosak, ada jgk back up..nk cari yg baru ambik masa plk..ikan tgh lapar korg baru nak siapkan makanan..hehe
-beli moina kat kedai2 aquarium, elakkan tangkap kat longkang sebab moina kat longkang ada parasite yang kita tak nampak dan boleh transfer penyakit pd ikan.. sy ada bela pure breed guppy(sayang sgt sbb cantik dan mahal) dan try bagi kutu air dari longkang..habis naik penyakit kat insang dan sirip terus mati 2-3 hari..sayang oo
Kalau ada info2 lain dari sahabat alam maya tentag pembiakan kutu air ni boleh la share jgk..sy ni masih newbie yang masih belajar..part time hobby, full time dental student..mohon doa kalian supaya sy berjaya dlm bidang ni yer :DD
Apa2 pon, jika ada salah, mohon betulkan.
Sekian, tk