Friday 14 February 2014

Penjagaan Ikan Laga

Salam sejahtera semua,

Untuk menjaga ikan laga tidaklah terlalu mudah dan tidak juga terlalu susah. Beberapa perkara perlu diambil kira sebelum membela ikan laga.


                                          Bekas ikan pelbagai bentuk


1. Bekas atau akuarium untuk ikan laga
Seperti diketahui ikan laga jantan  tidak boleh dicampurkan sekali dalam satu bekas, jadi bekas untuk ikan laga tidaklah perlu terlau besar tetapi tidak jua terlalu kecil. Andaian saiz yang sesuai ialah keselesaan ikan tersebut untuk bergerak dan berpusing. Anggarkan ruang 2inci lebih besar dari saiz ikan dari setiap penjuru. Bekas lutsinar menarik dan senang untuk memerhati ikan tetapi elakkan dari meletakkannya di tempat panas atas bercahaya terang.

2. Air
Air ialah medium paling penting yang perlu di jaga. Ikan laga juga sensetif dengan klorin dan anti klorin.Air yang berklorin menyebabkan ikan menjadi lemah dan tidak aktif, tetapi anti klorin yang berlebihan tanpa penapis dan pam juga boleh membuatkan jangka hayat ikan menjadi pendek. Letakkan anti klorin pada kadar yang minimum sahaja. Cara yang terbaik ialah dapatkan air yang jernih dari perigi atau sungai yang bebas pencemaran. Air mineral juga baik sebagai alternatif walaupun sedikit berharga.

3. Makanan
Makanan penting untuk semua, tapi makanan yang berlebihan boleh menjadi racun. Jika menggunakan palet yang diproses cuma minimumkan kepada beberapa biji sahaja dan beri makan hanya 2 kali sehari. Makanan yang berlebihan dan najis dari palet ini akan menyebabkan air menjadi cepat kotor. Cara lain ialah dengan memberikan jentik2 atau cacing halus.Ini dapat mengurangkan pencemaran air dalam bekas tersebut.

Selain dari itu, hobi membela ikan laga ini memerlukan komitmen yang berterusan, air perlulah kerap ditukar bergantung kepada saiz bekas ikan tersebut. Lebih kecil bekas maka lebih kerap perlu di tukar airnya.
Perhatikan ikan setiap hari, jika dilihat ikan menjadi pendiam dan tidak aktif, tukarkan air secepat mungkin dan masukkan sedikit garam.


                                     Pastikan ikan sihat dan aktif setiap hari

Jika ikan kesayangan anda mati, jangan terlalu kecewa. Biasanya ikan akan mati disebabkan kelalaian kita. Cari ikan baru dan cuba perbaiki kesilapan lampau. Jangan percaya pada "tangan panas" dan sebagainya.


8 comments:

  1. Assalam,saya nak tanya yang masukkan garam tu garam apa

    ReplyDelete
  2. Assalam,saya nak tanya yang masukkan garam tu garam apa

    ReplyDelete
  3. Saya nak tanya klu kita nak tidur kita tutup lampu bleh ke ikn laga.
    Saya takut ikan laga cepat mati

    ReplyDelete
  4. Apakah ikan laga boleh duduk satu bekas?

    ReplyDelete