Salam semua,
Kalau sebelum ni dah cerita pasal makanan ikan laga dewasa ( lihat
di sini ) kali ni nak cerita pasal makanan untuk anak anak ikan laga terutamanya anak ikan yang baru menetas. Kebiasaannya selepas 3 atau 4 hari makanan asal yang terdapat pada badan anak ikan akan kehabisan. Anak anak ikan ni mulai aktif dan sudah pandai berenang. Pada masa ini anak anak ikan ini memerlukan makanan untuk kekal hidup dan membesar.
Ada pelbagai sumber yang boleh digunakan untuk dijadikan makanan anak anak ikan ini. Berikut adalah antara senarai makanan yang sesuai dan pernah di cuba di ILA.
1. Artemia
Sejenis hidupan laut seolah olah udang kecil. Artemia ini diperolehi dengan cara melakukan penetasan dari telor telor artemia yang terdapat dipasaran (cara penetasan artemia pernah di ceritakan
di sini). Artemia ini sangat kecil dan sangat sesuai dengan saiz mulut anak anak ikan tersebut.Pergerakan artemia yang tidah berapa laju dapat menarik perhatian anak anak ikan dan mudah bagi mereka untuk menangkap makanan tersebut. Sumber makan hidup dan bergerak gerak sangat menarik perhatian anak anak ikan berbanding dengan makanan yang kaku terapung di atas air.
Pelbagai jenis artemia terdapat di pasaran kita, tetapi awas tidak semua jenis artemia mampu menghasilkan anak anak artemia (baby brine shrimp). Kadang kala produk yang tidak berkualiti menyebabkan hampir tiada anak anak artemia dihasilkan.Harga artemia sedikit mahal menyebab sesetengah pihak mengambil kesempatan keatas jenama terbaik dengan menjual telor yg tidak berkualiti.
Artemia hanya dapat hidup lebih kurang 48jam dari masa penetasan.
2. Kutu Air
Hampir sama seperti artemia. haiwan ini bersaiz kecil (sedikit besar dari artemia) dan pergerakkan kutu air cepat menarik perhatian anak anak ikan laga. Anak nak ikan laga akan memilih kutu air yang sesuai dengan saiz mulutnya sebagai mangsa. Ada juga kutu air sedikit besar dan elakkan dari memberi kepada anak anak ikan laga. Kutu air boleh juga didapati di sesetengah kedai ikan dan harganya jauh lebih murah, ataupun boleh di cari di mana parit kecil yang aliran airnya tidak laju. Tolong jangan cari di loji rawatan air kerana ia merbahaya dan sangat sangat tidak bersih. Kutu air juga boleh di biakkan. (akan dibincangkan pada topik akan datang)
Pergerakan kutu air lebih laju dan dapat hidup lebih lama.
3. Microworm
Microworm adalah senang dikenali sebagai cacing kecil yang sangat halus. Untuk mendapatkan microworm ini ia perlu dibiakkan. Antara keperluan yang perlu ada ialah, microworm starter, yis dan roti serta bekas lutsinar (gelas plastik pakai buang atau bekas makanan plastik pakai buang supaya boleh dilihat pergerakkannya). Microworm juga boleh di beli di sesetengah kedai ikan laga ataupun melalui rakan niaga melaui pos.Ia mengambil masa 2 higga 3 hari untuk dapat menuai hasil. Microworm akan bergerak ke tepi dinding dan dapat dilihat sebagai benang benang halus di sekitar bekas pembiakan.Microworm tidak berenang didalam air tetapi pergerakkannya akan menarik perhatian anak anak ikan laga.
4. Liquifry
Ini adalah sumber makanan untuk anak ikan yang baru beberapa hari menetas. Cara penggunaanya juga agak mudah, cuma titiskan beberapa titik Liquifry ke dalam bekas pembiakkan selepas induk ikan habis bertelor. Liquifry dalam masa 2 hingga 3 hari kan bertukar menjadi infosuria, (microscopic natural organisms) dan ini kan menjadi sumber makanan untuk anak ikan. Jika terlewat, boleh juga di adukkan didalam bekas lain dahulu kemudian perlahan lahan tuangkan ke dala bekas anak anak ikan yang telah menetas. Jika untuk digunakkan pada anak anak ikan laga carilah LIQUIFRY no 1. Gunakan Liquifry hanya sebagai sumber alternatif atau pun back up jika kehabisan artemia atau kutu air.
5.Telor Kuning
Telor kuning mungkin menjadi pilihan terakhir jika antara makanan yang di sebut di atas sukar didapati. Kaedahnya sangat mudah dan secara teorinya telor kuning cukup dan sesuai untuk pembesaran anak ikan laga tetapi masalahnya, mahukah anak ikan laga memakannya.
Dapatkan sedikit telor kuning dan bungkuskan dengan kain nipis yang bersih. Rendamkan 3 hingga 4 minit sahaja. Anak ikan akan memakan (jika mahu) cairan dari kuning telor tersebut. Awas jangan terlalu banyak, air cepat kotor dan berbau. Penggunaan telor kuning memerlukan kerajinan untuk menukar air, tetapi suhu air yang berbeza juga boleh membunuh anak anak ikan yang masih baru.
6. Lain lain makanan
Jika dalam keadaan yg sangat terdesak, cuba hancurkan apa apa makanan ikan sehalus mungkin dan masukkan sedikit sahaja untuk sementara mendapatkan makanan yang sesuai. Jika berlarutan, peratusan untuk anak anak ikan untuk hidup sangat rendah.
Sedikit panjang coretan kali ini, moga dapat membantu yang masih baru......