Thursday 6 March 2014

Penjagaan Anak Ikan Laga

Salam semua,

Kali nak sambung pasal anak ikan laga. Setelah bertelur lebih 48 jam, anak anak ikan laga akan mula kelihatan bergayut pada buih buih yang masih ada. Kebiasaannya terdapat antara 100 hingga 200 ekor anak ikan pada satu satu masa, tetapi ada juga yang kurang dari jumlah tersebut yang berkemungkinan bapa atau ibu terlalu muda atau salah satu dari pasangan ikan tadi tidak berapa aktif. Pada waktu ini anak anak ikan tersebut masih lemah dan kadangkala terjatuh ke dasar air. Pada masa ini bapa ikan laga tadi sibuk melihat dan mengangkat anak anak tadi ke permukaan air.
  Pada waktu ini anak anak ikan masih tidak perlu diberi makan,  makanan dari telur 'yolk' masih ada di perut anak ikan. Selepas hari ke empat anak anak ikan sudah mula stabil dan boleh bergerak sendiri, walaupun tidak berenang bebas, tapi mula bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Pada masa ini ikan jantan induk sudah boleh dipindah rehatkan. Makanan sudah mula boleh di berikan. Makan yang kami amalkan di ILA ialah artemia. Tiada air hijau diperlukan kerana kami meletakkan anak anak ikan di tempat teduh / dalam bangunan. Elakkan anak anak ikan ini dari cahaya terang matahari. Cahaya yang terang boleh membunuh anak anak ikan tadi.
   Selepas anak anak ikan mula pandai memakan artemia, anak anak ikan ini bolehlah di pindahkan ke takungan yang lebih besar, jika takungan pembiakan tidak cukup besar. Jika sudah menggunakan takungan yang besar, biarkan anak anak ikan tadi terus berada di situ. Proses pengalihan anak anak ikan tadi perlu dilakukan secara teliti dan lembut. Jika tidak, anak anak ikan akan pening seterusnya mati.

Artemia yang terdapat dipasaran

cara penetasan artemia sila rujuk di sini

     Tidak semua anak anak ikan yang baru menetas akan hidup semuanya. Adakalanya ia mati di sebabkan air yang kotor, tidak mahu makan dan sebagainya.
    Artemia boleh terus di beri sehingga anak anak ikan berusia sebulan atau lebih. Pemberian artemia yang mencukupi akan membuat anak anak ikan cepat membesar. Setelah mencapai sebulan anak anak ikan bolehlah di beri jentik jentik ataupun cacing. Pallet juga boleh di beri, tapi pastikan saiz yang betul dan tidak berlebihan.

anak ikan berusia 1 minggu

anak ikan berusia 7 minggu

anak ikan berusia lebih dari 10 minggu

anak ikan pada usia +-3 bulan



    Anak anak ikan ini tidak membesar secara sekata, ada yang cepat membesar dan ada pula yang sangat perlahan. Asingkan mengikut saiz untuk mengelakkan persaingan mendapat makanan.
    Setelah berusia lebih dari 10 hingga 12 minggu, anak anak ikan jantan akan mula menjadi aktif, asingkan ke bekas individu untuk mengelak dari bergaduh. Hanya ikan jantan diasingkan, ikan betina boleh dibiarkan hidup sesama mereka.

Kesemua info dan gambar diatas adalah dari ILA, kemungkinan sedikit berlainan dari maklumat dan cara pihak lain. Harap maklum


100 comments:

  1. salam..tumpang tanya..
    untuk anak ikan yang baru je bebas brenang..perlukah kita tukarkan air?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak perlu, nanti ikan akan pening and then mati

      Delete
  2. Salaam, bergantung kpd qty air, kalau guna tangki/ bekas lebih dari satu kaki, tak perlu lagi. Tunggu hingga seminggu atau dua, tapi jgn letak makanan berlebihan. Kerap menukar air jug a boleh membunuk anak anak ikan terutama yg masih baru. Suhu air dan pusaran air ketika menukar air perlu di jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Nak tanya. Berapa bulan baru anak ikan laga boleh makan jentik baru menetas?

      Delete
  3. maksud suhu dan pusaran air ??
    dan besar manakah tangki yang sesuai untuk pembesaran anak ikan ??

    ReplyDelete
  4. Suhu air di tempat baharu mungkin sedikit berbeza , anak ikan yang masih baru akan terkejut dan stress yang membuatkan anak anak ikan mati . Memindahkan Nanak ikan perlulah dilakukan dengan cermat , ketika menangkap anak anak ikan pastikan air tidak berombak dan berpusing ppushing . Jika ini berlaku anak ikan menjadi opening dan lemah . Tangki yang diperlukan bergantung kepada jumlah anak ikan pastikan kedalaman air tidak melebihi 5 inchi . 3 kaki kali 2 kaki sesuai untuk 80 hingga100 ekor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum saya nak tanya kalau ikan tu baru berumur 4 hari ...boleh ke saya bagi serbuk spirulina je sampai die besar...

      Delete
  5. okey..info yg sgt membantu..thanks ILA !!

    ReplyDelete
  6. knapa fry sye umur dh 5 minggu msih kcil dan x kuar wrne???

    ReplyDelete
  7. Tengok pd saiz ikan, jika masih kecil memang tak nmpak color lagi .Cuba tukar air dan letak pd bekas yg lebih besar dan tambah sedikit qty makanan anak ikan

    ReplyDelete
  8. kutu air atau artemia lbih bgus untuk tumbesaran fry????

    ReplyDelete
  9. kalau anak dlm seminggu, artemia yg terbaik (kecil dan tak berapa laju) tapi klu dah masuk minggu 2 tu kutu air lagi bagus, anak ikan dah besar dan dah pandai berenang dan kejar mangsa. Lagi pun kutu air besar skit dan anak ikan akan cepat kenyang

    ReplyDelete
  10. Ada makanan terbaek yang lain tak selain artemia atau kutu air???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebabnya saya dah cari dekat kedai di kawasan saya...tapi takde...😭

      Delete
  11. Ada makanan terbaek yang lain tak selain artemia atau kutu air???

    ReplyDelete
  12. Ada makanan terbaek yang lain tak selain artemia atau kutu air???

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Terbaik" tkde dah yg trbaik tu la pilihan anda hnya tinggl telur kuning die tu hang kasih mkn sikit je jn bnyk sngt tau nnti mti anak ikan setitik atau sebutir mcm nasi tu la saiz due lebih kurg dh ckup tp keberhsilan tuk mengaut hasil jumlh anak ikan adalah sangat teramatlah tipis nian sekali hahaahha smga brmnft

      Delete
  13. artemia yg paling baik untuk anak ikan laga yg baru menetas, kutu air pula sedikit besar dari artemia tapi masih boleh dimakan dan lebih murah. Kalau dah kecemasan, hancurkan makanan ikan biasa di dalam air lain kemudian beri sedikit je pd anak2 ikan

    ReplyDelete
  14. artemia tu susah la nak cari kat tmpat sayee . Camne ek>

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat sndri , mudah jer gunakan daun sayur kubis/sayur lettuce rndm jer dlm air lama2 ada ler kutu air dlm 3-4 hri gitu la so msa nak buat ni pstikan sblm nak khwinkn ikan laga dh buat nnti lmbt x smpt dpt kutu air, peringtn air die sngt bau tau so jgn ltk kt dlm rmh hbs kena lempang ngn mak korang

      Delete
  15. Artemia dimana boleh cari ?

    ReplyDelete
  16. boleh je cari kat mid vally KL
    tingkat atas..sy baru ja beli kat situ

    ReplyDelete
  17. Knpa bapak ikan laga aku tak kutip anaknya .......mahukan penjelasan????☺☺☺☺

    ReplyDelete
  18. Knpa bapak ikan laga aku tak kutip anaknya .......mahukan penjelasan????☺☺☺☺

    ReplyDelete
  19. Knpa bapak ikan laga aku tak kutip anaknya .......mahukan penjelasan????☺☺☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis bapak tak guna kot...hahahahha

      Delete
    2. Jenis bapak tak guna kot...hahahahha

      Delete
  20. Assalam, ikan laga sye dh mengawan and ade telur die at permukaan air... dh lebih seminggu, sye dh x nampak telur tu... anak2 ikan pon x nampak... mcm mne ye... sye x faham...

    ReplyDelete
  21. Assalam, ikan laga sye dh mengawan and ade telur die at permukaan air... dh lebih seminggu, sye dh x nampak telur tu... anak2 ikan pon x nampak... mcm mne ye... sye x faham...

    ReplyDelete
  22. Assalam, ikan laga sye dh mengawan and ade telur die at permukaan air... dh lebih seminggu, sye dh x nampak telur tu... anak2 ikan pon x nampak... mcm mne ye... sye x faham...

    ReplyDelete
  23. Assalam, ikan laga sye dh mengawan and ade telur die at permukaan air... dh lebih seminggu, sye dh x nampak telur tu... anak2 ikan pon x nampak... mcm mne ye... sye x faham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Dk lebih seminggu" tu tnpa pengawasan ke? Klu ya , dpm tmph seminggu ikan tlh mentas kebarangkalian nya induk bapa ikan yg makan anak trsbut oleh itu setlh seminggu ank ikn mnts induk perlu dipisahkan segera

      Delete
  24. Assalam. sya nak tanya.. mcm mna nak tau jantina ikan laga nie? sebab sya ada dua ikan laga, klau letak sekali berlawan.. ikan laga memang xboleh letak sekali ke? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg betina ada bintik putih bwh perut.. buncit sikit

      Delete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Kalau tak bagi Artemia xpe ke bagi makanan ikan biasa je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brgntung pda ank ikan tu dia nak mkn ke tak

      Delete
  27. Klau bekas besar tu macam bekas letak barang tu kew???

    ReplyDelete
  28. salam...atermia ni tak bahaya keepada manusia atau kepada penternak ikan....nama ppn dah kutu...nnt hinggap kat almari, kerusi, seluar dan baju, rambut den sebagainya

    ReplyDelete
  29. salam...atermia ni tak bahaya keepada manusia atau kepada penternak ikan....nama ppn dah kutu...nnt hinggap kat almari, kerusi, seluar dan baju, rambut den sebagainya

    ReplyDelete
  30. Assalammualaikum,,saya nak tnya klau bgi makanan ikan laga dewasa yg dihancurkan kepada anak ikan laga baru berusia seminggu boleh x??

    ReplyDelete
  31. Klu female dh lpskan telur tnpa mengawan,,,tpi perut dia masih ade telur,,bolh x dilpskan dgn male supaya merka blh mgawan semula...

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum, artemia kt mana ye ada jual?

    ReplyDelete
  33. macam mane nk buat ikan laga jadi garang?sebab saye punye time dekat kedai dye garang..sampai rumah bile jumpe ngn ikan laga lain dye diam je..knape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sakit kut, ciri2 nya lemah dan kaku jer atas permukaa air atau bwh dan ekor x kembng pastu pucat semcm wrna bdn die , lngkh hrus segra di amik ialah krngkn air spya ikan yg lmh trsbut mudh mndptkn oksigen di permukaan air
      -mungkin jgk fktr air samaada anda tlh memindhkn ikan yg d bli ke dlm bekas berisi air paip kerna air paip mengndungi klorin so perlu didiamkan dhulu air paipslma 2-3 shingga klorin takde lpstu boleh lh msukkn ikan boleh jga masukkan daun ketapang diktakn ubat , smntra smbil mnunggu bebrpa hri trsbut , gunakan dlu air yg trdpt dlm plstik ikan yg d bli dei kedai.......selain itu mngkn suhu air yg rendh/sejuk mmbuat ikan trkjut ya ikan yg dewasa pun boleh trkjut tau kalau sejuk sngt air tu hahaahah tu je sekian smga brmnft

      Delete
  34. Kenape ank ikan saye banyak mati...baru beberape hari menetas boleh beri penjelasan ?

    ReplyDelete
  35. Kenape ank ikan saye banyak mati...baru beberape hari menetas boleh beri penjelasan ?

    ReplyDelete
  36. Kenape ank ikan saye banyak mati...baru beberape hari menetas boleh beri penjelasan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mengambil "baru beberpa hari menetas" sbgai ulasan, faktor kemungkinan ialah suhu air yg sejuk atau kebersihan air

      Delete
  37. berapa hari umur burayak baru bisa di ganti airnya?tolong jawab ya

    ReplyDelete
  38. suhu sekekeling pon terpengaruh dengan anak anak ikan jugak ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut penglmn, ya, apa lgi musim hujan suhu sejuk buat anak ikan mati

      Delete
  39. Anti clorine perlu di letak kan ke untk fry??

    ReplyDelete
  40. boleh berikan info tentang tumbesaran ikan laga berdasarkan isipadu air yang digunakan?

    ReplyDelete
  41. Adakah anak-anak ikan akan mengikut ekor ibubapa mereka?

    ReplyDelete
  42. Perlu kah tukar tangki yang lebih besar apabila anak ikan berenang bebas

    ReplyDelete
  43. Adakah fry perlukan oxygen dari mesin kalau perlu berapa hari

    ReplyDelete
  44. Kalau anak ikan laga dh 1 minggu nk kna asingkan bapak die ke

    ReplyDelete
  45. Ikan laga sy dh bertelur n yg betina dh diasingkan..Dh masuk hari yg ke-3 ..Ikan laga jantan asyik kutip telur yg kerap jatuh dan taruk balik ke sarangnya tp sarang buih tu tak tahan lama..Jadinya telur asyik bergerak atas permukaan air n ade juga yg tenggelam ke dasar..Mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biase saya letak kabus polisterin kat permukaan air. Kat situ buih lekat kuat.

      Delete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. assalam.. knp ikn jantan x kutip telur slps betina lepaskan telurnye... penjelasan sikit...

    ReplyDelete
  48. Salam, air anak ikan dah kotor, tapi baru umur 3 hari. Boleh tukar air ikan ke tak eh? Sebab dia kecik lagi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. This anak ikan dh panda berenang sekali. Bru tukar air

      Delete
  49. Selepas menetas telur. Berapa hari kena asingkan bapak?

    ReplyDelete
  50. Kalau air kotor takpe ke,anak ikan laga pada 5hari

    ReplyDelete
  51. saya nak tanya,selepas ikan laga betina bertelur,berapa lama untuk ia boleh bertelur balik?

    ReplyDelete
  52. Hello. Telur ikan sudah menetas tapi air kotor macam mana? Boleh ka sy ambil anak² ikan tu then letak dekat bekas lain?

    ReplyDelete
  53. Hello. Telur ikan sudah menetas tapi air kotor macam mana? Boleh ka sy ambil anak² ikan tu then letak dekat bekas lain?

    ReplyDelete
  54. Hello. Telur ikan sudah menetas tapi air kotor macam mana? Boleh ka sy ambil anak² ikan tu then letak dekat bekas lain?

    ReplyDelete
  55. Boleh tak kalau ikan laga jantan jaga anak ikan sampai anak ikan tu dah besar 7 minggu camtu then baru alihkan bapa dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X boleh bro..nanti bapak dia mkan...seeloknya slpas 3 hari anak ikan mnetas terus asingkan induk jantan..

      Delete
  56. tumpang tnye...cmne nk tau ikan tu btelor ke x??

    ReplyDelete
  57. saya nampak si jantan telah makan fry yg menetas. tapi masih ada telur yg belom menetas. jd saya asingkan si jantan tersebut. boleh ke x boleh?

    ReplyDelete
  58. Anak ikan sy baru bertelo ari nii, mak nye ad lg dalam ni, nk kene kluakan ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena keluarkan. Lepas 3 hari keluarkan bapaknya pulak.

      Delete
  59. Kalau bapak ikan jenis crowntail,mak ikan jenis lain, takpe ke? Kalau boleh, nanti anak dia jadi kacuk² ke ikut mak je?

    ReplyDelete
  60. mcmna klau ank ikan saya ad skli jentik2 dlm bekas tu

    ReplyDelete
  61. Infosuria boleh fk bagi makan

    ReplyDelete
  62. Bila makan masa terbaik untuk bagi makan kpd fry?masa fry bleh berenang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut pembacaan fry diberi makan lepas 3 hari berenanh bebas...tp agak sukar mendapatkan artemia fi sesetengah tempat..jadi sy bg makan pallet yang dihancurkan..cuma kebarangkalian untuk survive agak sedikit..jika diletakkan alga atau tumbuhan air, ikan laga lebih lama bertahan berbanding tiada tumbuhan air tanpa makanan..

      Delete
  63. Boleh ke asing anak ikan 2hari..sebab bapak die makan anak..

    ReplyDelete
  64. Hah sudah!! Lupe nk rendam kulit kubis kelmarin,artemia n kutu air payah nk cari🤦 agak² bley x sy gune telur kuning n berapa byk kna letak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bagi microworm..blh buat carian dalam utube cara nak buat dan cara bagi makan fry guna microworm

      Delete
  65. Nak Tanya kalau ad jentik ii kat fry betta camne nk kuarkan

    ReplyDelete
  66. Aku bagi ombak ok jaa ...sihat walafiat... 4 Hari dah bagi ombak

    ReplyDelete
  67. Ikan jantan masa jaga anak ikan lepas menetas bole dibagi mkn ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.tetapi pastikan jauh dari fry..jangan bagi terlalu banyak takut dia akan makan anaknya sendiri

      Delete
  68. Berapa hari dah boleh asingkan anak ikan laga daripada bekas tempat lahir dia ke bekas pembesaran dia MOHON JAWAB SEGERA

    ReplyDelete
  69. Nak tanya ni ikan laga ni bila dah kene tukar bekas

    ReplyDelete