Monday 3 March 2014

Cara Pembiakan Ikan Laga

Salam sejahtera,

Topik hari ini nak cerita pasal pembiakan ikan laga versi ILA. Kepada sesiapa yang meminati ikan laga pasti akan teruja untuk membiakan ikan laga sendiri. Bayangkan dari sepasang ikan laga boleh bertambah kepada beratus ekor ikan baru.Tetapi sebelum  memulakan proses pembiakan ini beberapa perkara perlu disediakan.

1. Sepasang ikan laga (jantan  dan betina) yang matang.
    Ikan laga ini perlulah aktif dan sihat. Di nasihatkan pilih ikan dari jenis yang sama seperti plakat sama plakat atau sebagainya.
    Pastikan ikan laga betina tidak lebih besar dari ikan laga jantan. Jika ikan betina lebih besar, ia akan menyulitkan proses pembiakan dan kemungkinan persenyawaanan  tidak berlaku.

ikan laga jantan


2. Tempat pembiakan.
    Sediakan tempat pembiakan yang sesuai. Minimum tangki adalah 1 kaki x 6 in. Sedikit lebih besar lebih baik tetapi tidak terlalu besar.
    Masukkan air sedalam antara 3 in hingga 5 in. Air yang terlalu dalam akan menyulitkan proses kutipan telur yang dilepaskan oleh ikan betina.
    Campurkan anti klorin secukupnya jika menggunakan air paip.
    Sediakan tangki kecil lut sinar untuk diletakkan di dalam bekas pembiakkan.Tangki ini untuk mengasingkan ikan betina buat sementara (proses suai kenal).
    Masukkan juga daun ketapang untuk mengawal PH air dan sebagai mempercepat dan menambah keghairahan ikan untuk bertelur.
    Sediakan juga cawan polistrin (di belah dua) sebagai asas untuk ikan membuat buih.

                     Tangki pembiakan yang simple di ILA

                        Ikan laga betina yang baru dilepaskan dari tangki kecil.

     Selepas selesai menyediakan tempat pembiakan, ikan laga boleh dilepas dengan ikan betina diasingkan ke dalam bekas kecil dahulu. Selepas beberapa jam atau semalaman ikan laga jantan akan mula membuat buih pada cawan polistrin ataupun pada daun ketapang yang terapung. Pada waktu ini ikan betina boleh dilepaskan bersama ikan jantan. Pada  mulanya mungkin ikan jantan akan berkelakuan garang dengan si betina ini. Ini menunjukkan proses membuat sarang( buih) masih belum selesai. Jangan risau dan biarkan sepasang ikan laga ini di tempat yang sama. Ikan laga betina akan mula mendekati ikan jantan bila kedua duanya bersedia untuk bersama.

Buih di bawah cawan polistrin

Buih di bawah daun ketapang


   Proses bertelur mungkin memakan masa antara sejam hingga ke empat jam. Kebanyakkan keadaan ikan akan bertelur pada waktu siang. Proses mengawan, bertelur dan mengutip telur yang jatuh untuk disimpan di dalam buih dilakukan bersama sama. Setelah selesai bertelur, ikan jantan akan menghalau ikan betina dari sarangnya. Alihkan ikan betina untuk mengelak kecederaan.

   Selepas 24 hingga 48 jam, telor telur tadi akan mula menetas. Ikan jantan akan mengawasi anak anak ikan yang baru ini dan menangkap jika ada yang tersasar dari sarangnya. Jika ada kecacatan atau penyakit ikan jantan akan memakannya untuk mengelak dari merebak.


Lihat topik penjagaan anak ikan laga selepas topik ini di sini



 

25 comments:

  1. ikan laga sya tk buat buih dlm polistrin,dia buat luar polistrin....boleh ke????

    ReplyDelete
  2. ikan laga sya tk buat buih dlm polistrin,dia buat luar polistrin....boleh ke????

    ReplyDelete
  3. macamane nak kenal ikan laga jantan yang dh tue

    ReplyDelete
  4. Ikan lage sye x patuk yg betina , elok je dorang kwn , tpi jantan x buat buih langsong

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Boleh tak ikan laga diberi kuning telur pada usia seminggu

    ReplyDelete
  7. Ikan laga jntan sya mkan smua telur2 ank dia..kenapa ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan jantan cuma makan anak atau frie yang lemah or terjangkit...jika lihat yang anak2 frie itu ok tp ikan jantan masih makan anak bermaksud yang anda kerap melihatnya...ikan jantan yang menjaga anak tidak suka diganggu..

      Delete
  8. Numpang tanya, kn ada yg bilang harus ada daun ktapang kan? Tpi kalo ngak pake daun ktapang boleh ngak? Kalo daun tanaman, dan aku udaaah sih mnyatukn ikan laga saya dalam 1 aquarium ttapi knpa malah jantan nya ngak buat buih hmmm urgent needed please help...

    ReplyDelete
  9. Numpang tanya, kn ada yg bilang harus ada daun ktapang kan? Tpi kalo ngak pake daun ktapang boleh ngak? Kalo daun tanaman, dan aku udaaah sih mnyatukn ikan laga saya dalam 1 aquarium ttapi knpa malah jantan nya ngak buat buih hmmm urgent needed please help...

    ReplyDelete
  10. saya nak tanya, kalau biakkan dgn berbeza jenis cth plakat ngan halfmoon boleh jadi juga kah???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih boleh..tapi kebarangkaliannya mungkin kurang....

      Delete
  11. Berapa Kali sehari bg mkn tuk ank ikn? Ank ikn sya da berusia 1 mnggu

    ReplyDelete
  12. Berapa Kali sehari bg mkn tuk ank ikn? Ank ikn sya da berusia 1 mnggu

    ReplyDelete
  13. Berapa Kali sehari bg mkn tuk ank ikn? Ank ikn sya da berusia 1 mnggu

    ReplyDelete
  14. Knp ikan laga jantan asyik nak serang ikan laga betina bila dilepaskan bersama.. Takut yg betina tu mati je..

    ReplyDelete
  15. Guna bekas giant ais krim bolehkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sebenarnya daiorang nak biasakan diri untuk breed lot

      Delete
  16. Oh sepatutnya reply kat lain

    ReplyDelete