Hari ini hobi menternak ikan laga semakin mendapat perhatian. Ramai yang berjaya membiakkan ikan laga tapi ramai juga yang gagal membesarkan anak2 ikan tersebut. Semua yang pernah cuba membesarkan anak2 ikan lagi pasti tahu makanan yang sesuai untuk si ikan kecil ini. Di antara makanan yang popular ialah kutu air dan artemia.
Kami di ILA menggunakan artemia (sejenis hidupan kecil laut) yang boleh didapati dalam bentuk telur kecil, tetapi ia perlu diproses supaya menetas dan diberikan kepada anak2 ikan. Artemia juga ada pelbagai jenama, terpulanglah kepada kemampuan masing2, tetapi caranya tetap sama. Gambaran saiz artemia dan anak ikan seperti berikut
Iksan google
Di antara jenama artemia yang terdapat di pasaran seperti berikut:
Artemia Salina

Artemia Sera

Artemia JBL
Berikut adalah kaedah mudah untuk menetaskan telur2 artemia. Sediakan peralatan mudah seperti di bawah
Botol air (1.5L) yang dipotong 2 bahagian (lebih kurang 5" dari bawah) dan bahagian atas di terbalikkan seperti gambar berikut.
Sediakan juga tube dan "air valve".
Dan yang paling utama ialah "air pump"
Sambungkan tube melalui bawah penutup botol dan bahagian yang satu lagi ke air valve, seterusnya sambung ke air pump. Tujuan air valve digunakan supaya dapat mengawal kekuatan angin ke dalam botol. Udara/angin yang diperlukan adalah yang sederhana agaran air yang berombak sahaja.
Jika menggunakan Artemia jenama JBL, tidak perlu penambahan garam, hanya masukkan air dan telur artemia pada sukatan yang betul. Ia mengambil masa antara 24 hingga 36 jam untuk mendapat jumlah penetasan yang terbaik. Sesudah cukup masa penetasan, anak artemia yang sangat kecil boleh di lihat pada jarak dekat.
Gunakan penyedut seperti dibawah untuk mengabil anak2 artemia, dan tapiskan dengan kain atau penapis halus untuk mendapatkan artemia tersebut.Artemia perlu ditapis untuk mengelak air masin berlebihan masuk kedalam tempat anak2 ikan.
Penyedut dan penapis artemia
Selamat mencuba.....